Ebit Liew diminta mohon maaf secara terbuka, kerana bantu pelajar tak minta kebenaran

SELEBRITI Media Sosial, dan pendakwah terkenal Ebit Liew mendakwa beliau dihubungi oleh Naib Chansellor Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI dan diminta untuk memohon maaf secara terbuka difahamkan susulan tindakannya memberikan bantuan bas percuma kepada para pelajar yang terkandas untuk pulang ke kampung.

Ebit Lew Bas

"Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka."


"Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari."

"Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid."

"Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam."


"Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan." Tulisnya menerusi laman facebook.

Ebit Liew turut mengirimkan satu kenyataan rasmi majlis perwakilan pelajar UPSI yang menggesa beliau agar mematuhi segala proses penghantaran pulang pelajar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan universiti yang secara langsung telah mendapat kebenaran daripada KPT dan MKN.


Ebit Liew Facebook

2 Comments

  1. Alahai..nampak sangat takut dicop tak bertanggung jawab.apa lah Jenis vice counselor.nak suruh minta maaf.secara terbuka.macam bagus Sgt..apa Salah nya slow talk..malu upsi dpt manusia macam tu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tidak rugi apa2 pun memohon maaf walau ia niat ikhlas membantu orang dalam kesusahan. Ia bukan pengalaman pertama ustadz. Saya doakan permohonan maaf ustadz ini, maruah mereka tidak tercemar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan