Istana Negara sudah terima dokumen sebelum Anwar mengadap YDP Agong

ISTANA negara telah menerima dokumen dokumen sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dari ketua-ketua parti politik sebelum beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober.

Portal The Vibes yang memetik sumber dari istana melaporkan, dokumen-dokumen sokongan ini telah ditunjukkan di Bilik Mengadap sebelum pertemuan Agong dengan Anwar.

The Vibes

Difahamkan dokumen-dokumen berkenaan menunjukkan sokongan dari Umno (39), Amanah (11), dan DAP (42). Dengan tambahan sokongan dari Ahli Parlimen KEADILAN sebanyak 38 menjadikan sokongan kepada Anwar berjumlah 130. Jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat adalah 222.

Bagaimanapun, memandangkan ada beberapa Ahli Parlimen Umno dan DAP yang berada di atas pagar, jumlah yang didedahkan kepada Agong adalah sebanyak 121.

Ahli Parlimen Warisan belum lagi menunjukkan sokongan. Peristiwa ini nampaknya kebetulan dengan mesyuarat biro politik majlis tertinggi Umno pada malam hari selasa yang membincangkan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Ramai pemimpin UMNO meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan mereka dibuli oleh PPBM yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, The Vibe yang sekali lagi memetik sumber istana melaporkan, pertemuan Anwar dengan YDP Agong singkat namun bermakna.

"Suasana mesra dan ramah," kata sumber tersebut berhubung perjumpaan selama 20 minit itu.

"Tuanku memohon maaf atas kelewatan pertemuan mengadap disebabkan oleh masalah kesihatan," katanya sambil menambah Agong menyebut kepentingan kebajikan rakyat semasa pandemik Covid-19 dan kemerosotan ekonomi. 

1 Comments

  1. anda punya masalah
    Asmara/cinta
    Uang gaib
    Santet & pelet
    Togel
    Penglaris usaha
    Saingan
    Mandul & penyakit
    Keuangan
    KONSULTASI SEKARANG JUGA 👇
    📩 Ustadz Abdul Nandar
    📞Whtasapp : 0853-3733-4757

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan