Kes baru Covid-19 Malaysia 18 Oktober 2020 — pecah rekod lagi dengan 871 dan 7 kematian

MALAYSIA mencatatkan 7 lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 membawa kepada jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu berjumlah 187.

Malaysia sekali lagi memecahkan rekod jangkitan harian pada angka 871 kes hari ini. 

Frontliner

Rekod tertinggi bagi kes jangkitan harian dicatatkan sebelum ini adalah semalam iaitu sebanyak 869 kes.

Pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata sejumlah 701 individu telah pulih sepenuhnya dari jangkitan.

Rekod jangkitan kali ini mencatatkan sejumlah 866 kes tempatan dan 5 kes dari luar negara. Manakala jumlah pesakit yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 86 orang dengan 28 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Setakat ini dilaporkan sejumlah 7,046 pesakit masih aktif daripada keseluruhan 20, 498 jangkitan keseluruhan Covid-19 yang melanda Malaysia.

Berita Harian melaporkan, jumlah jangkitan baharu Covid-19 berisiko mencecah hingga 1,300 kes sehari menjelang hujung bulan ini, sekiranya semua pihak gagal meningkatkan tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berdasarkan nilai RO atau ke boleh jangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5 susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini.

Nilai Ro merujuk kepada tu boleh jangkitan sesuatu virus yaitu bilangan individu boleh dijangkiti oleh satu kes yang positif.

Jika Nilai Ro bersamaan 1.5 bermakna satu kes positif boleh menyebarkannya kepada antara satu hingga dua orang individu lain.

1 Comments

  1. anda punya masalah
    Asmara/cinta
    Uang gaib
    Santet & pelet
    Togel
    Penglaris usaha
    Saingan
    Mandul & penyakit
    Keuangan
    KONSULTASI SEKARANG JUGA 👇
    📩 Ustadz Abdul Nandar
    📞Whtasapp : 0853-3733-4757

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan