Kesilapan pentadbiran PN punca gelombang ketiga Covid-19 kata Najib Razak

MANTAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi kiriman di facebook, memperincikan kesilapan-kesilapan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional yang menjadi punca berlakunya gelombang ketiga Covid-19.

"Jika kesilapan-kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia," 

"Dan kini, Umno turut dipersalahkan bagi gelombang ketiga Covid ini di Malaysia," tulisnya.

Najib Razak

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, Majlis keselamatan Negara menolak cadangan Menteri Kesihatan dari Umno untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN.

"Keputusan MKN untuk mula-mula tidak mewajibkan kuarantin mandatori di pusat kuarantin kerajaan bagi mereka yang pulang dari luar negara serta kegagalan menteri PPBM untuk mengasingkan tahanan serta SOP yang sepatutnya turut menyebabkan Kluster Sivagangga di Kedah dan penularan amat teruk di Sabah serta beberapa lagi pusat tahanan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang," katanya.

FB Najib

Najib turut mendedahkan bahawa pemimpin-pemimpin Umno telah berjanji untuk mempertahankan kerajaan PN meskipun kesilapan-kesilapan dibuat oleh menteri-menteri PPBM.

"Sejak kerajaan PN dibentuk, pemimpin BN mempertahankannya (termasuk saya yang juga sering memberi pelbagai saranan dan seterusnya diambil kerajaan) biarpun banyak keputusan atau kesilapan adalah dilakukan oleh Menteri PPBM sebab itu adalah janji kami semasa membentuk kerajaan PN," 

"Namun ramai yang rasa Ini tidak adil sebab yang buat silap mereka tapi yang mempertahankan mereka adalah kita pula," dedah Najib.

Perkara itu didedahkan dalam satu tulisan panjang lebar menerusi facebook beliau semalam bagi memberi jawapan mengapa mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi Umno berbincang untuk parti itu menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

"Memandangkan sentimen akar umbi serta lapisan pemimpin Umno, Saya rasa keputusan semalam adalah munasabah dan tidak keterlaluan sebab ianya mampu membuka ruang lebih besar dan lebih adil untuk kami menyumbang kepada usaha pemulihan ekonomi dan membendung Covid," jelasnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan