Kutipan derma perlahan, kerajaan digesa keluarkan dana kecemasan bantu Sabah lawan Covid-19

KERAJAAN Persekutuan sepatutnya mengeluarkan dana kecemasan untuk digunakan bagi menampung sumber dan peralatan melawan situasi Covid-19 di Sabah, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini.

Presiden MMA, Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy memberi amaran, tindakan kerajaan bergantung kepada kutipan derma semata-mata memakan masa untuk bantuan disalurkan segera.

Frontliners

"Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyeru Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mengeluarkan dana kecemasan untuk menguruskan situasi Covid-19 yang semakin memburuk di Sabah,"

"Kini kerajaan Negeri Sabah sudah sejajar dengan Kerajaan Persekutuan, kami percaya mungkin lebih banyak perkara boleh dilakukan untuk memenuhi keperluan negeri Sabah di dalam melawan pendemik." 


"Jika kita hanya bergantung kepada kutipan derma semata-mata, ia mungkin memakan masa untuk dana terbabit disalurkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menekankan kadar jumlah pesakit sebanyak 1,018 katil di kesemua 9 hospital di Sabah yang telah dilaporkan pada 14 Oktober sudah mencapai 71 peratus, di mana 72 peratus daripada 122 jumlah katil untuk pesakit unit rawatan rapi (ICU) yang digunakan pada masa ini digunakan bersama dengan pesakit-pesakit yang bukan dijangkiti Covid-19.

"MMA bimbang memperlihatkan pada jumlah kes dilaporkan setiap hari, situasi boleh meningkat kepada keadaan kritikal lebih cepat dari yang dijangkakan. Akhirnya kita perlu bersedia ke arah itu,"


"Dana diperlukan bagi menampung peningkatan keperluan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE), perkakas perubatan, tambahan sistem bantuan pernafasan, pusat pusat kuarantin, pengangkutan perkakas perubatan dan juga elaun untuk sukarelawan yang bertugas tanpa mengira masa," katanya.

Tambahnya lagi, wakil-wakil rakyat negeri — yang baru dilantik dalam pilihan raya Negeri pada bulan September — perlu lebih melibatkan diri di kawasan mereka, kerana ini merupakan masanya bagi mereka memenuhi tanggungjawab kepada pengundi memimpin mereka bekerjasama dan patuh kepada langkah-langkah mengekang penyebaran Covid-19.

"Wakil Rakyat perlu bekerja lebih dekat dengan Jabatan Kesihatan negeri dan memastikan bahawa Rakyat di wilayah mereka dapat maklumat, selamat dan patuh dengan SOP. Wakil rakyat juga boleh membantu memberikan sumber yang sesuai kepada pusat-pusat kuarantin, bersama dengan keperluan pendemic lain dan memastikan ianya mudah didapati," kata Dr Subramaniam.


Sumber — Malay Mail

1 Comments

  1. anda punya masalah
    Asmara/cinta
    Uang gaib
    Santet & pelet
    Togel
    Penglaris usaha
    Saingan
    Mandul & penyakit
    Keuangan
    KONSULTASI SEKARANG JUGA 👇
    📩 Ustadz Abdul Nandar
    📞Whtasapp : 0853-3733-4757

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan