Lelaki panjat pagar SPRM ditangkap polis

PIHAK polis dilaporkan telah berjaya menahan seorang lelaki yang sebelum ini melarikan diri pada 11 Oktober lalu selepas dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terlibat dengan kes Macau Scam dan sindiket judi atas talian.


Suspek dikatakan telah berjaya melarikan diri selepas memanjat pagar ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

TAG

Ketua jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata operasi yang dijalankan oleh pihak polis bagi memburu suspek selepas dia melarikan diri, membawa kepada penahanannya di sebuah resort di luar daerah Lembah Klang awal hari ini.

"Seorang wanita yang bersama dengan suspek turut ditahan," kata beliau ketika dihubungi oleh sumber berita Bernama.

Pada 13 Oktober lalu SPRM mengesahkan bahawa seorang suspek di dalam kes sindiket pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan milik beberapa selebriti terkenal tanah air didapati hilang sebaik sahaja pihak polis ingin menahannya semula di bawah Akta Langkah Pencegahan (POCA) 1959.


Suspek dikatakan baru sahaja menyelesaikan urusan proses jaminan oleh SPRM dan ingin diserahkan kepada penjamin, sebelum dia menghilangkan diri.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan