Majlis Konvokesyen UUM ke-33 tahun 2020 dibatalkan

MAJLIS Konvokesyen Universiti Utara Malaysia UUM ke-33 tahun 2020 yang dijadual untuk diadakan pada bulan hadapan dibatalkan.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM, memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini penularan covid-19 serta mengambil kira nasihat dan saranan Majlis keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

UUM

Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan juga mengambil tindakan pengawalan dan pencegahan serta menekankan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga UUM dan masyarakat setempat.

Graduan UUM dinasihatkan untuk melayari laman sesawang rasmi Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM mulai 5 November bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah memperolehi transkrip dan ijazah masing-masing. 


Pihak pengurusan untuk memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan