MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya diadakan Pilihanraya Umum (PRU) segera disebabkan kenakalan politik yang berlaku pada masa ini.
Beliau membuat cadangan itu menerusi laman Facebook miliknya hari ini.
"Jika saya boleh membuat kesimpulan, saya rasa, atas 'kenakalan' politik yang ada, kita memerlukan PRU segera," katanya.
Menurut Dr Asri, beberapa hari ini, beliau telah berbicara dengan pihak-pihak yang terlibat dalam politik negara.
"Saya berbual YAB PM (menerusi video conference), YB Tun Mahathir Mohamad (telefon), YB Tengku Razaleigh Hamzah (telefon), beberapa menteri (melalui telefon dan ada yang datang ke rumah),"
Tambahnya lagi, ini merupakan peluang untuk mengadakan PRU yang lebih bersih.
"Disebabkan faktor Covid, maka dalam PRU kali ini dilarang kempen secara fizikal. Ertinya tiada ceramah umum, ceramah kelompok, kempen rumah ke rumah, edaran risalah dan seumpamanya. Hanya yang dibenarkan kempen melalui media sosial," katanya.
Beliau juga berpendapat bahawa jika hal itu berlaku maka Cos kimpin akan dapat dijimatkan selain ia memberikan peluang yang lebih ketara kepada semua pihak yang bertanding.
"Rakyat juga tidak perlu membazirkan keluar rumah atau terganggu dengan kedatangan calon-calon ke tempat mereka. Maka, kuranglah permusuhan dan ketegangan terbuka,"
"Harap juga dapat mengurangkan rasuah politik semasa berkempen. Pilihanraya akan jadi lebih adil untuk semua," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan perlu memperketatkan SOP di mana calon yang melanggar boleh dibatalkan pencalonan, manakala aktivis yang melanggar didakwa dan didenda.
"Apabila tiba hari mengundi, rakyat keluar dengan SOP. Rakyat beratur seperti kita ke bank dan lain-lain pada masa ini dengan SOP yang ditetapkan,"
"Dengan itu semoga kita mendapat PRU yang paling bersih dan kerajaan yang lebih stabil. In Sha Allah," katanya.
prn sabah sudah jelas covid tak dapat dibendung, pru 15 risikonya dijangka akan lebih serius. adalah dicadangkan biar saja agong( bagi persekutunan dan negeri2 tanpa raja) dan raja2(bagi negeri) dibawah kerajaan pilihan agong dan raja2 bersama tentera dan pdrm, semua kegiatan politik diharamkam sehingga negara, ekonomi dan covid dapat dikawal, mungkin 2 atau 3 tahun, pru 15 bolih ditunda tiada masalah, keselamatan negara, ekonomi dan kesejahteraan rakyat adalah diutamakan.
ReplyDeleteagong dan raja2 menerajui kerajaan pilihan
Deleteanda punya masalah
DeleteAsmara/cinta
Uang gaib
Santet & pelet
Togel
Penglaris usaha
Saingan
Mandul & penyakit
Keuangan
KONSULTASI SEKARANG JUGA 👇
📩 Ustadz Abdul Nandar
📞Whtasapp : 0853-3733-4757
saya setuju kalau cara begitu. tak ada kempin dan ceramah lagi. kempin hanya dimedia sosial sahaja rakyat tak payah keluar rumah untok dengar ceramah cuma keluar dihari mengundi sahaja. ok lah tu. sangat bagus
ReplyDeleteMasalahnya bukan semua orang kampung ada internet access. Radio dan TV dikawal sepenuhnya oleh kerajaan yang sedang memerintah, kemudian surat khabar juga kebanyakkannya milik pro pemerintah.
Deletesaya setuju kalau cara begitu. tak ada kempin dan ceramah lagi. kempin hanya dimedia sosial sahaja rakyat tak payah keluar rumah untok dengar ceramah cuma keluar dihari mengundi sahaja. ok lah tu. sangat bagus
ReplyDeletePost a Comment