Muhyiddin mahu letak jawatan, menteri dan ahli parlimen dilihat menangis

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mahu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas gagal untuk meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat.



Selepas keputusan YDP Agong menolak permintaan Muhyiddin petang tadi, para menteri dan pemimpin PPBM dilihat tiba di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara.

Muhyiddin Letak Jawatan

Menteri-menteri dan juga Ahli parlimen sebahagian mereka dilihat menangis berkumpul di kediaman Perdana Menteri bagi menyakinkannya agar tidak meletak jawatan.

Mengetuai kumpulan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

"Nampaknya kegagalan itu telah memberi kesan kepada Muhyiddin, dan sebahagian dari mereka berkata beliau mahu melakukan perkara yang betul dan meletak jawatan, namun diminta untuk kekal oleh Azmin dan beberapa yang lain," kata salah seorang dari mereka.


Pada hari Jumaat lalu Muhyiddin telah mempersembahkan kepada Agong cadangan untuk meletakkan negara di bawah perintah darurat.

Namun Agong telah menolak cadangan Muhyiddin itu, sebaliknya memberitahu ahli politik negara ini agar berhenti berpolitik dan menumpukan usaha melawan Covid-19 dan menghidupkan kembali ekonomi.

Menurut The Vibes, salah seorang ahli kanan PPBM memaklumkan sebahagian mereka telah dipanggil untuk hadir ke rumah Muhyiddin.

Seorang lagi ahli berkata, tindakan Muhyiddin yang mahu meletak jawatan tidak dapat dielakkan selepas kegagalan untuk mengistiharkan darurat.


"Terdapat juga persoalan sama ada beliau mempunyai jumlah sokongan di parlimen. Perkara ini ditambah dengan keputusan Agong, membuatkan beliau merasakan tidak mampu lagi menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri,"

Kenderaan para pimpinan yang hadir dilihat meninggalkan rumah Muhyiddin sekitar jam 11.20 malam.

Sumber — The Vibes

2 Comments

  1. Percaya x percaya mende ni' ����‍♂️
    Xda record Video or Voice pon. Sy mengikuti perkembangan dri istana melalui media sosial lain seperti Utube n fB.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan