Peneroka Felda diwajibkan sedekah RM300 seorang

SATU surat pekeliling yang mewajibkan semua peneroka Felda Sungai Tekam Utara untuk menginfaqkan sumbangan ikhlas sebanyak RM300 bagi setiap seorang, tular di media sosial.


Surat bertarikh 14 Oktober 2020 itu mewajibkan semua peneroka di Felda berkenaan membuat bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan bermula bulan Oktober 2020 sehingga bulan Mac 2021 atau digalakkan membuat bayaran secara pukal sebanyak RM300.

Sedekah Wajib Felda

"Melalui program ini setiap peneroka secara ibadahnya diwajibkan ke atas diri masing-masing menginfaqkan sumbangan ikhlas yang dianggap sebagai sedekah jariah sebanyak RM300.00 seorang."

"Kutipan ini akan dijalankan bermula bulan Oktober 2020 sehingga bulan march 2021 dengan kadar kutipan sebanyak RM50.00 sebulan. namun begitu sekiranya terdapat mana-mana peneroka yang ingin membuat bayaran secara pukal (RM300.00 dengan sekali bayaran) amatlah dialu-alukan." tulis surat itu.


Surat itu memetik amanat pengerusi Felda, Datuk Seri Idris bin Jusoh yang disebut menitik beratkan elemen 'keberkatan' di dalam usaha mengembalikan kestabilan FELDA.

Menurut surat itu lagi, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Jengka 19 telah dipilih menjadi perintis program ini bagi kawasan Felda wilayah Jengka.

Difahamkan juga wang kutipan seterusnya akan dikumpulkan oleh badan Masjid Al-hidayah Felda Sungai Tekam Utara dan diserahkan kepada badan-badan yang memerlukan dalam satu program khas yang diadakan pada bulan Ramadhan tahun 2021.


Sedekah Wajib Felda

1 Comments

  1. Siapa la yg dok kencing melayu felda pula ni. Mesti DAP ni......

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan