Semua pawagam seluruh negara ditutup mulai bulan November

PERSATUAN Pempamer Filem Malaysia, MAFE secara kolektif memutuskan untuk menghentikan sementara operasi pawagam mulai November.


Namun MAFE akan terus memantau situasi pandemik Covid-19 dan bertindak berdasarkan keadaan sekiranya situasi pasaran bertambah baik.

Pawagam

Menurut MAFE, pawagam akan menghentikan penayangan filem dan operasi konsesi secara progresif di lokasi masing-masing. 

Menurut timbalan presiden MAFE, Cheah Chun Wai, alasan utama penutupan adalah disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Larangan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di beberapa negeri.


Langkah penutupan berkenaan diambil berikutan pelaksanaan PKPB di beberapa negeri yang mengakibatkan aktiviti perniagaan sektor itu terpaksa ditutup semula selain faktor kekurangan siaran filem baru dalam jangka pendek untuk menarik penonton. 

"Biasanya siaran filem-filem baru sangat penting untuk menarik penonton kembali ke pawagam," katanya dalam satu kenyataan.

Industri pawagam tempatan menanggung kerugian berikutan penurunan pengunjung sehingga 90 peratus akibat covid-19. 


Mereka juga terpaksa melabur bagi memenuhi tuntutan SOP di dalam memastikan premis selamat untuk menjalankan aktiviti.

Menurut Cheah, keputusan yang dibuat itu tidak mudah namun bagi menghadapi situasi yang mencabar, beliau percaya langkah penutupan sementara perlu dilakukan untuk kelangsungan pawagam di Malaysia bagi jangka masa panjang.

MAFE juga memohon bantuan kerajaan dan sokongan dari segi sewaan untuk pawagam yang bergelut untuk kelangsungan perniagaan mereka.


Susulan pengumuman yang dibuat oleh MAFE itu, beberapa lagi rangkaian pawagam turut mengumum kan langkah yang sama termasuk, TGV Cinemas Sdn Bhd, Golden Screen Cinema Sdn Bhd, MBO Cinemas, dan mmCinaplexes.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan