Seorang Menteri Umno sedia letak jawatan untuk hentikan pembulian Muhyiddin

SEORANG Menteri Umno sedia untuk meletak jawatan bagi menghentikan pembulian Muhyiddin Yassin terhadap Umno kata bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam dalam siaran langsung menerusi akaun Facebook miliknya.


"Saya tahu seorang menteri Shamsul Anwar Nasara, bersedia untuk meletakkan jawatan daripada kerajaan, dan menghentikan pembulian yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin," katanya.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Lokman Adam

Menurutnya menteri yang dimaksudkannya itu tidak kisah dengan jawatan yang dipegang dan sanggup menarik diri dari menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Setakat ini saya tahu ada seorang menteri lah, orang dalam Umno yang berani buat benda ni, maknanya dia tak kisah jawatan dia, dia sanggup berhenti tarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional, yang lain saya tak berani komen, sebab belum dapat maklumat, saya baru dapat maklumat seorang aje," dedahnya.


Katanya lagi, beliau berharap apabila Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk keluar daripada Perikatan Nasional, kesemua Menteri dan Timbalan Menteri termasuk pengerusi GLC akan menarik diri dari kerajaan supaya kerajaan boleh tumbang bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

"Saya harap bila MT (Majlis Tertinggi Umno) bersidang nanti, kalau MT memutuskan kita keluar daripada Perikatan Nasional, kalau boleh biarlah semua ahli-ahli parlimen dan juga semua Menteri dan Timbalan Menteri, termasuk pengerusi GLC, menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional, barulah kerajaan boleh tumbang, barulah kita boleh ke arah 'Parlimen dissolved'," ataupun pembubaran parlimen," katanya.


Kedudukan Ahli parlimen yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada waktu ini berjumlah 113, manakala jumlah minima yang diperlukan untuk membentuk kerajaan ialah 112 daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen.

Sumber — YouTube

1 Comments

  1. Umno kena buang manusia keparat yg merosak umno.buang yg kaki Songlap duit,gila jawatan,tak jujur,dok bersekongkong dgn tokey Judi,samseng Dan takda integriti.semoga umno dipimpin oleh orang yang jujur Dan amanah.berpegang teguh pd ajaran islam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan