Siasatan Menteri tidak kuarantin tidak diteruskan (NFA)

SIASATAN terhadap Dato Khairuddin Aman Razali, Menteri Peladangan Perusahaan dan Komoditi berhubung tindakan tidak menjalankan kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara tidak lagi diteruskan (NFA).

Huzir JSJ Bukit Aman

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"Kertas siasatan telah kita rujuk ke pejabat Peguam Negara, dan arahan untuk kes ini adalah no futher action (NFA),"

Katanya dari sudut keterangan didapati menteri berkenaan tidak menerima borang 14B di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

"Berdasarkan keterangan tersebut maka Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap YB Menteri, memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan" katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan