Tun Mahathir beri isyarat mungkin bertanding PRU15

TUN Mahathir memberi bayangan bahawa beliau mungkin akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 15 yang akan datang, lapor Straits Time Singapura.

Mahathir

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat dan ketujuh itu dilaporkan mendakwa para penyokongnya masih mahu beliau menjadi wakil rakyat.


FMT pula melaporkan bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa bahawa para penyokongnya tidak mahu beliau bersara. 

Katanya rancangan untuk tidak bertanding pada PRU15 telah membuatkan para penyokong tidak gembira.

"Mereka mahu saya kata saya akan bertanding. Memang benar kebanyakan orang pada usia 95 sudah tidak berfungsi. Saya lebih bernasib baik, saya masih boleh untuk aktif."

"Nampaknya mereka fikir saya tidak akan merosot apabila semakin tua. Mereka melihat saya sebagai mana saya sekarang. Jadi mereka mahu saya sekurang-kurangnya tidak kata saya tidak akan bertanding," katanya.

Berhubung kerjasama dengan Muhyiddin, menurut Mahathir beliau tidak boleh berdamai kerana Perdana Menteri itu menggunakan politik yang mereka sama-sama menentangnya ketika mengalahkan kerajaan dipimpin Najib pada pilihanraya umum yang lalu.


"Bagaimana boleh saya terima Muhyidin seperti itu?" katanya, sambil menambah presiden PPBM itu sanggup bekerjasama dengan Najib kerana "politik lebih penting dari perinsip,"

Dalam pada itu Mahathir dilapor mendakwa beliau dan parti-parti pembangkang lain tidak akan menentang kedudukan majoriti parlimen yang dimiliki oleh Muhyiddin kerana tidak sepakat berhubung siapa yang akan menjadi perdana menteri.

"Anwar memiliki ramai orang yang menentangnya. Jika saya tidak diterima, ramai (penyokong saya) akan menarik diri dan dia tidak akan mempunyai majoriti. Kini dia kata mempunyai sokongan 20 hingga 30 MP, namun setiap orang menafikannya," katanya.

Kata Mahathir lagi, beliau juga tidak mahu pilihan raya mengejut, kerana percaya kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) tidak akan mampu mendapat mandat yang lebih kuat.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan