Umno akan desak PRU jika gagal rundingan dengan Muhyiddin

SUMBER berita berbahasa cina sinchew.com.my melaporkan, selepas perdebatan hangat dalam mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Tertinggi Umno semalam, meskipun parti itu bersetuju untuk meneruskan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional, namun ada syarat yang ditetapkan.


Antara syarat itu termasuklah melakukan rundingan semula melalui terma baru untuk bekerjasama dengan PPBM serta perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri serta jawatan-jawatan lain bagi pemimpin Umno.

Mesyuarat MKT Umno

Portal itu turut memetik sumber dalaman yang tidak didedahkan mendakwa jika Muhyiddin gagal memenuhi tuntutan Umno, parti itu akan memaksa untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU), selepas situasi pandemik Covid-19 berkurangan.

"Pertemuan semalam juga membincangkan kemungkinan pilihan raya umum segera, namun ia bergantung kepada tindakan lanjut Muhyiddin, termasuk sama ada mengusulkan cadangan baru kepada Umno, seperti pelantikan Timbalan Perdana Menteri, usaha mengatasi Covid-19 dan pemulihan ekonomi," kata sumber yang turut hadir dalam mesyuarat itu semalam.


Portal itu turut memetik satu lagi sumber mendakwa bahawa presiden PPBM, bersedia untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Umno dan menyerahkan kepada parti itu untuk memilih calon yang sesuai.

Namun sumber itu mendakwa Muhyiddin enggan memilih Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau mempunyai kes di mahkamah.

"Tan Sri boleh terima Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaacob atau Hishamuddin Hussein yang kini tidak memegang sebarang jawatan dalam parti,"


"Sekarang cuma menunggu cadangan Umno, namun jika mereka bertegas mahukan Zahid, harap maaf," katanya.

Sumber — Sin Chew

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan