Wanita hamil tawar jual buah pinggang kerana desakan hidup dan hutang

"Assalamualaikum, sekiranya ada kenalan/pesakit yang memerlukan buah pinggang. Atas desakan hidup dan hutang Saya nak jual buah pinggang saya sendiri sekiranya ada yang memerlukan saya boleh dihubungi di (nombor dirahsiakan),"



Inilah mesej kiriman seorang wanita hamil difahamkan menerusi akaun Twitter kepada seseorang. Tangkapan layar mesej itu yang menawarkan untuk menjual buah pinggangnya atas desakan hidup tular di media sosial.

Wanita hamil tawar jual buah pinggang

Perkara itu mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dzulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut berkongsi tangkapan layar itu menerusi akaun Instagram.

"Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai. Saya dimaklumkan beliau juga sedang hamil. Moga Allah SWT keluarkan beliau dan keluarga daripada kesempitan hidup,"

"Setelah tular kes sini di Twitter, pusat pungutan zakat - MAISP telah menghubungi beliau dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada beliau,"


"Memandangkan beliau tinggal di Selangor, Saya juga dimaklumkan pihak Lembaga zakat Selangor sedang mengusahakan bantuan untuk beliau." kata Dzulkifli.

Tambahnya lagi jika orang ramai mempunyai info berkenaan isu-isu seperti ini di Wilayah Persekutuan, beliau menyarankan perkara itu untuk terus dilapor melalui aplikasi MoJA, yang boleh dimuat turun menerusi Play Store bagi pengguna android.

Sumber — Instagram

1 Comments

  1. Adakah anda ingin membeli buah pinggang, organ badan atau anda mahu menjual buah pinggang atau organ badan anda? Adakah anda mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda dengan wang kerana masalah kewangan dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan, kemudian hubungi kami hari ini dan kami akan menawarkan sejumlah wang berjumlah $ 500,000 untuk Ginjal anda. Nama saya Doktor MAXWELL adalah seorang Ahli Neurologi di BILL ROTH HOSPITAL. Hospital kami mengkhususkan diri dalam Pembedahan Ginjal dan kami juga berurusan dengan pembelian dan transplantasi ginjal dengan hidup sebagai penderma yang sesuai. Kami terletak di India, Amerika Syarikat, Malaysia, Singapura. Jepun.

    Sila beri tahu kami jika anda berminat menjual atau membeli buah pinggang atau
    Organ jangan teragak-agak untuk menghubungi kami melalui dan melalui e-mel.

    E-mel: birothhospital@gmail.com
    Nombor aplikasi apa: +33751490980

    Selamat sejahtera
    KETUA PENGARAH PERUBATAN
    DR MAXWELL

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan