70 peratus golongan pekerja tak cukup belanja sara hidup bulanan kata Menteri Kewangan

MENTERI kewangan, Tengku Zafrul dilapor merujuk kepada Biro Statistik Nasional mengatakan bahawa sejumlah 70 peratus golongan pekerja di negara ini tidak mampu menampung perbelanjaan sara hidup bulanan.


Menurutnya, pada bulan Jun tahun ini, pendemik Covid-19 juga telah menyebabkan hutang isi rumah berada pada paras tertinggi 87.5 peratus daripada GDP lapor chinapress.com.my

Tengku Zafrul

Ketika berucap hari ini dalam Majlis Pelancaran Minggu Saham Digital, oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Zafrul turut mendedahkan bahawa data dari KWSP menunjukkan bahawa lebih separuh pencarum mempunyai simpanan tidak sampai setahun sebelum bersara pada usia 55 tahun.

Ini bermakna mereka hanya mempunyai hanya RM200 untuk belanja sara hidup setiap bulan selepas bersara.


Menurutnya kerajaan memahami kesan wabak tersebut terhadap pendapatan golongan yang kurang bernasib baik, oleh itu menerusi Belanjawan 2021, kerajaan akan mengeluarkan bantuan sebanyak RM6.5 bilion untuk manfaat 8.1 juta rakyat.

Kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, agensi insurans sosial akan memberikan subsidi untuk mencari pekerjaan.

Katanya lagi kerajaan juga telah melanjutkan moratorium bagi membantu membayar pinjaman untuk golongan berpendapatan rendah B40 dan perusahan kecil dan sederhana selain turut melonggarkan syarat untuk kumpulan M40 yang terjejas.


Tambahnya lagi kerajaan dengan kerjasama pelbagai syarikat sedang mempersiapkan Transformasi Digital Malaysia bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan