Anggota polis bersekongkol sindiket judi online hidup mewah, miliki harta berjuta ringgit

PENGARAH Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Dato' Zamri Bin Yahya mendedahkan, hasil siasatan polis terhadap anggota 'memalukan' yang bersekongkol dengan sindiket judi online telah mencapai satu kejayaan dan mendapati beberapa pegawai polis memiliki harta berjuta ringgit tidak sepadan dengan gaji mereka lapor chinapress.com.my


Menurut Zamri, pegawai-pegawai polis berkenaan kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala JIPS bertanggungjawab menyiasat kaitan mereka dengan sindiket perjudian atas talian.

Zamri Yahya

Menurutnya siasatan mendapati sebilangan pegawai polis yang terlibat dengan kes berkenaan, termasuk Timbalan Inspektor dan Sarjan memiliki hartanah berjuta ringgit dan menjalani kehidupan yang sangat mewah.

"Dengan gaji mereka, mustahil dapat kekayaan yang begitu besar, ini sesuatu yang luar biasa,"

Seramai 24 orang pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial kini sedang disiasat oleh JIPS kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket perjudian atas talian.



Sementara itu lima pegawai polis dari jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang disyaki menyeleweng wang tunai milik seorang ahli perniagaan bernilai RM1.6 juta turut disiasat oleh JIPS kata Zamri.


"Pegawai polis yang disyaki terlibat dengan kes itu telah ditahan, dan jabatan integriti akan menyiasat mereka secara mendalam," katanya.

1 Comments

  1. Ingat kroni2 politik elit umno/bn/pas/bersatu saja nak hidup mewah tanpa usaha(korupsi la!!) ? Polis, imigresen, jpj, kastam DLL pun nak tumpang sekaki. Boleh katakan hampir semua melayu islam. Tak percaya lagi KORUPSI lah yg akan menjahanamkan negara ini?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan