Anggota polis cedera kena libas dengan rantai chainsaw oleh remaja sedang hisap gam

SEORANG remaja yang didatangi polis ketika sedang asyik menghisap gam, bertindak menyerang anggota polis menggunakan rantai "chainsaw" yang sudah diubahsuai menjadi senjata.


Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pulau Gaya, Kota Kinabalu Sabah, di mana seorang anggota polis yang terkena serangan itu cedera di bahagian lengan dan kaki.

Chainsaw Modified

Menurut Ketua Polis Daerah Habibi Majinji, sepasukan anggota polis terserempak dengan seorang remaja berusia 21 tahun semasa melakukan rondaan di pulau berkenaan pada jam 10.30 pagi.

Anggota itu telah memperkenalkan diri kepada remaja terbabit yang dilihat sedang asyik menghidu gam. Namun dia tiba-tiba bangun dan meluru ke arah polis, sambil mengugut mahu membunuh anggota berkenaan lapor FMT.


Kata Habibi, remaja itu "melibas-libas potongan rantai itu yang telah diubahsuai menjadi senjata,"

Polis bagaimana pun berjaya menahan remaja terbabit. Dia kini ditahan reman, dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya.

Pulau Gaya yang terletak di Kota Kinabalu Sabah, memang terkenal sebagai kawasan "black area," dengan pelbagai masalah sosial dan jenayah yang sering kali berlaku.

Difahamkan pulau itu, dihuni oleh ramai pendatang asing tanpa dokumen dari Filipina. Sebab itu orang ramai terutama pelancong dari luar Sabah, selalu dinasihatkan agar tidak berkunjung ke Pulau Gaya kerana faktor keselamatan.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan