Anggota polis cedera motosikal ditunggang kena tendang remaja 16 tahun

SEORANG anggota polis dilaporkan cedera selepas motosikalnya ditendang oleh seorang remaja berusia 16 tahun yang menjadi pembonceng bersama rakannya ketika cuba melarikan diri dari ditahan.


Konstabel Muhammad Aiman, dari Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Seberang Perai telah pergi ke simpang jalan Kampung Tanjung Berembang pada jam 1 pagi untuk melakukan pemantauan selepas mendapat maklumat satu aktiviti lumba haram.

Konstabel Muhammad Aiman

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Superitendan Lee Chong Chern, dua anggota URB telah pergi ke lokasi dan didapati terdapat aktiviti seperti dimaklumkan namun sekumpulan penunggang motosikal berpecah selepas menyedari kehadiran polis.

"Anggota URB kemudian mengejar motosikal berkenaan hingga ke persimpangan Jalan Tok Tuntong, namun konstabel Muhammad Aiman Nordin telah terlibat dengan kemalangan," katanya seperti yang dipetik oleh Berita Harian.


Menurutnya, kejadian berpunca apabila seorang pembonceng berusia 16 tahun yang menunggang motosikal dengan rakannya bertindak menendang motosikal ditunggangi konstabel itu, hingga menyebabkan hilang kawalan dan terbalik.

Remaja lelaki itu bagaimanapun berjaya diberkas sejurus selepas insiden berkenaan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 1 tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan