Apa jadi jika pembangkang pilih tolak Belanjawan 2021 semalam?

SEMUA orang sedia maklum bahawa pimpinan Pakatan Harapan memilih untuk tidak menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar, menyaksikan hanya 13 Ahli Parlimen sahaja yang bangun meminta undian belah bahagi dijalankan di Dewan Rakyat semalam.


Tindakan itu mengundang pelbagai kritikan daripada netizen yang menaruh sepenuh harapan agar pihak pembangkang terutama Pakatan Harapan menolak Belanjawan 2021 yang disifatkan mereka tidak memenuhi kehendak rakyat antaranya berhubung isu pengeluaran KWSP, dan peruntukan RM85 juta untuk unit propaganda JASA.

Undi Belah Bahagi
Semua Ahli Parlimen Pembangkang semalam, menoleh ke arah Datuk Sri Anwar Ibrahim menunggu isyarat dari beliau sama ada perlu bangun atau tidak untuk meminta undian belah bahagi Belanjawan 2021 peringkat dasar.

Sebab kenapa dan mengapa Pakatan Harapan memilih untuk tidak menentang Belanjawan 2021 semalam sudah dijelaskan. Boleh baca dalam artikel sebelum ini, meskipun artikel ini ditulis sebelum kenyataan pimpinan Pakatan Harapan, namun pengertian dan isinya lebih kurang sama dengan kenyataan pimpinan.


Baiklah, cuba kita terbalikkan situasi semalam, andai kata Pakatan Harapan memilih untuk mengadakan undi belah bahagi sekaligus menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar, apa akan berlaku?


1. Pakatan Harapan akan dituduh tidak mahu kerajaan bantu rakyat.

Di dalam Belanjawan 2021 tidak semuanya ditolak oleh Pakatan Harapan, ada yang turut dipersetujui dan disokong contohnya peruntukan pembayaran gaji untuk kakitangan awam, elaun khas untuk pejuang barisan hadapan (frontliners), bantuan wang tunai kepada rakyat (BPN), subsidi gaji untuk majikan, peruntukan khas untuk pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain peruntukkan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

Jika Pakatan Harapan menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar, maknanya PH menolak Belanjawan 2021 secara total, semua isi belanjawan dari yang buruk sampai yang baik ditolak mentah-mentah.

2. Pakatan Harapan juga akan dituduh melawan titah YDP Agong 

Umum mengetahui sudah berulang kali sebelum ini YDP Agong bertitah meminta supaya semua ahli parlimen menyokong Belanjawan 2021 demi kepentingan rakyat untuk melawan Covid-19. YDP Agong tidak mahu kerana pergolakan politik akan menyusahkan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan melawan Covid-19.

Dalam erti kata lain YDP Agong tidak mahu akibat pergolakan politik di Dewan Rakyat, pejuang barisan hadapan dan rakyat kebanyakan yang terkesan akibat Covid-19 pula jadi mangsa tidak dapat dibantu kerana Belanjawan 2021 tidak diluluskan.


3. Pakatan Harapan akan dituduh "cakap tak serupa bikin," 

Sebelum ini, antara syarat yang diberikan oleh PH untuk menyokong Belanjawan 2021 sekaligus mentaati titah YDP Agong ialah jika kerajaan setuju pinda beberapa peruntukan dalam belanjawan tersebut, antaranya belanjawan tentang KWSP dan JASA. 

Dalam Dewan Rakyat semalam Menteri Kewangan telah mengumumkan beberapa pindaan seperti yang diminta oleh Pakatan Harapan. Jadi tuntutan PH sudah ditunaikan, apa rasionalnya masih tetap menolak? Di sini akan kelihatan PH memohon pindaan seolah-olah hanya sebagai alasan untuk tolak Belanjawan 2021.

Kesimpulannya, Pakatan Harapan semalam mengambil "pendekatan strategik" supaya penolakan peruntukan tertentu dalam Belanjawan 2021 dapat dilakukan secara spesifik di peringkat undian Jawatankuasa minggu hadapan.

Apa akan berlaku selepas ini?


Mulai hari Isnin 1 Disember sampai 15 Disember 2020 selama dua minggu, setiap peruntukan belanjawan akan dibahas secara spesifik berdasarkan peruntukan setiap kementerian.

Sebagai contoh, difahamkan pada hari Isnin minggu hadapan peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan akan diteliti satu persatu dan dibahaskan, kemudian akan ada undian lagi.

Pada hari-hari seterusnya hingga 15 Disember, satu persatu peruntukan yang diberikan kepada semua kementerian akan dibahaskan dan diundi sama ada diterima atau ditolak setiap kali perbahasan.

Akhir sekali pada 15 Disember 2020, akan ada satu lagi undian untuk menentukan sama ada Belanjawan 2021 diterima atau ditolak.

Jadi jika Pakatan Harapan memilih untuk menolak Belanjawan 2021 di peringkat 'dasar' nampak sangat tidak bijak, seolah-olah membangkang tanpa otak.

*** Apa pun, difahamkan akan ada perkara besar bakal berlaku dalam seminggu dua ini, sama-sama kita nantikan.

1 Comments

  1. Kata kerajaan tak sah bentang belanjawan tak sah. Ni dh mcm mengakui keabsahan kerajaan tebuk atap je

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan