Ayah dan ibu sedih nasib Adib masih belum terbela

PADA tarikh 27 November 2020 3 hari yang lalu, bermakna sudah genap dua tahun tragedi hitam menimpa Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang maut susulan rusuhan di sebuah kuil.


Ayah anggota bomba itu, Mohd Kassim, 64 dan ibunya Asma Aziz, 52 sehingga kini dilaporkan masih menaruh harapan tinggi supaya penjenayah yang menjadi punca kematian anak mereka dibawa ke muka pengadilan.

Kubur Adib

"Kerinduan dan kesedihan kami masih mendalam terhadap arwah. Bila rindu hanya berdoa supaya kes ini segera berakhir dan penjenayah dibawa ke muka pengadilan,"

"Walaupun sudah dua tahun berlalu kami masih mengharap dan akan terus berharap," katanya seperti yang dipetik oleh Kosmo!

Tambahnya lagi apabila merasa rindu kepada Adib, dia dan isteri akan menziarah kubur Muhammad Adib.


"Selain itu gambar arwah jadi pengubat rindu di hati kami," ujarnya.

Bapa Adib juga turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana langsung tidak menerima maklumbalas daripada pihak berkenaan susulan keputusan inkues Muhammad Adib sebelum ini.

"Sekarang kami masih menunggu apa tindakan pihak polis walaupun Mahkamah Koroner putuskan kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali,"

"Bukan itu sahaja mahkamah juga merumuskan kegagalan polis dan FRU mengawal rusuhan juga menjadi faktor kepada kematiannya,"

"Peguam kami sudah minta polis segerakan siasatan tetapi sehingga sekarang kami masih menunggu," katanya dengan nada sedih.


Muhammad Adib, 24 meninggal dunia di Institut Jantung Negara, 21 hari menerima rawatan, selepas cedera parah dalam rusuhan Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Mahkamah Koroner Shah Alam tahun lalu memutuskan Muhammad Adib meninggal dunia akibat perbuatan jenayah yang dilakukan oleh lebih dua atau tiga individu tidak dikenali.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan