Banduan diupah angkut mayat Covid-19 ke dalam kontena sejuk beku

PARA banduan dilaporkan terpaksa diupah untuk mengangkut ratusan mayat ke dalam treler 'sejuk beku' akibat terlalu banyak kematian akibat Covid-19 di Texas, Amerika Syarikat.


Gambar-gambar menunjukkan para banduan yang memakai baju seragam penjara berbelang dengan jalur hitam dan kelabu menyusun mayat ke dalam rak setinggi 4 tingkat di dalam treler yang membawa kontena sejuk beku.

banduan angkut mayat covid-19

New York Post melaporkan, para banduan itu yang diberikan upah sebanyak USD2 (RM8.40) sejam, dilihat menyorong tandu yang membawa mayat untuk dimasukkan ke dalam kontena berkenaan.

Pihak berkuasa maklumkan seramai 10 orang banduan yang menawarkan diri secara sukarela untuk melakukan tugas berkenaan, diberikan pelitup muka, sarung tangan dan perkakas perlindungan lain.


Kesemua banduan itu diupah bagi membantu Rumah Mayat di Daerah El Paso, Texas Amerika Syarikat untuk mengendalikan kemasukan mendadak mayat-mayat pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 di kawasan itu.

Banduan usung mayat covid-19

Terdapat 8 kontena di luar rumah mayat berkenaan yang dijadikan sebagai bilik mayat bergerak kerana rumah mayat sedia ada sudah tidak mampu menempatkan mayat-mayat tersebut. Jumlah itu dilapor akan ditambah kepada 10 buah.


Pada hari Sabtu lalu lebih 73,000 orang disahkan positif Covid-19 di daerah tersebut, dengan kematian sebanyak 762 orang akibat wabak pembawa maut itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan