Cara elak cermin mata berkabus ketika pakai 'mask'

BAGI mereka yang memakai cermin mata, anda tentu sekali sering menghadapi masalah cermin mata berkabus ketika memakai pelitup muka (facemask) sejak Covid-19 melanda negara dan selururuh dunia.



Apabila cermin mata berkabus, penglihatan menjadi kabur dan anda terpaksa mengelap cermin mata berulang kali, keadaan ini tentu sekali menyusahkan betul tak?

Cermin mata berkabus

Punca cermin mata berkabus.

Apabila kita memakai pelitup muka, terdapat sedikit rongga atau ruang di bahagian atas pelitup muka di sekitar batang hidung yang akan terbuka ketika kita menghembus nafas.


Walaupun kebiasaannya topeng muka mempunyai jalur logam yang boleh dibentuk mengikut batang hidung si pemakai, namun sedikit rongga akan terbuka di bahagian itu apabila nafas dihembuskan.

Udara hembusan nafas inilah yang menyentuh permukaan cermin mata dan mengakibatkan ia berkabus sekaligus menjadikan penglihatan kabur.

Dari segi penjelasan sains, udara panas yang dihembus dari hidung, dan mulut kita akan menyebabkan berlakunya proses kondensasi (perubahan udara kepada cecair) di permukaan cermin mata.

Wap air yang dibawa bersama dalam hembusan tadi apabila menyentuh permukaan cermin mata yang lebih rendah suhunya, akan bertukar menjadi air. Sekaligus menyebabkan permukaan cermin mata diliputi oleh bintik-bintik air.

Proses ini lebih kurang sama seperti apabila kita keluar daripada kenderaan yang berhawa dingin, terutama ketika tengah hari terik, cermin mata kita akan menjadi berkabus.


Masalah ini mungkin perkara baru bagi kita, maklumlah sebelum ini kita tidak pernah atau jarang sekali memakai penutup muka. 

Namun bagi pengamal perubatan, seperti doktor dan jururawat yang sememangnya sejak dahulu lagi sering memakai penutup muka ketika menjalankan tugas, mereka sudah menemui kaedah penyelesaian cermin mata berkabus ini.

Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan.

1. Tarik penutup muka tinggi sedikit ke atas

Anda boleh menarik penutup anda sedikit ke atas menghampiri mata, dengan cara ini cermin mata akan berada diatas penutup muka. Dengan cara ini dapat menghalang udara hembusan nafas daripada naik ke atas sekaligus mengelakkan proses kondensasi cermin mata daripada berlaku.

2. Gunakan pita pelekat 

Anda boleh menggunakan pita pelekat untuk memastikan tiada ruang terbuka di bahagian atas pelitup muka anda. Bila tiada ruang maka udara hembusan nafas tidak boleh naik ke atas maka, tiadalah masalah cermin mata berkabus.


Kaedah ini juga bagus untuk memastikan penutup muka yang anda pakai tidak bergerak-gerak. Anda tentu biasa mengalami keadaan di mana, tanpa anda sedari penutup muka akhirnya sudah berada di bawah lubang hidung, kerana ia bergerak dengan sendiri kerana pergerakan rahang kerana bercakap.

3. Basuh cermin mata dengan sabun dan air

Kaedah ini sememangnya biasa digunakan oleh para doktor dan golongan pengamal perubatan iaitu dengan menggunakan air sabun.

Anda hanya perlu mencuci lensa cermin mata anda dengan air sabun. Kemudian biarkan ia kering sendiri atau lapkannya dengan kain yang lembut sebelum memakainya semula.

Air sabun akan meninggalkan satu lapisan nipis di permukaan lantai cermin mata sekaligus mampu menghalang proses kondensasi daripada berlaku.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan