Duit syiling dikeluarkan dari hidung lelaki selepas tersangkut lebih 50 tahun

SEKEPING duit syiling yang tersangkut di dalam hidung seorang lelaki selama lebih 50 tahun akhirnya berjaya dikeluarkan oleh doktor.



Lelaki yang kini berusia 59 tahun dan berasal dari Rusia itu dilaporkan berumur enam tahun ketika dia sendiri memasukkan sekeping duit syiling ke dalam rongga kanan hidungnya.

Syiling 50 tahun tersangkut dalam hidung

Gara-gara ibunya yang 'garang' dia memilih untuk tidak mendedahkan perkara itu sehingga dia akhirnya terlupa lapor media tempatan.

Namun dia dapat menjalani kehidupan harian tanpa merasa terganggu selama lebih 50 tahun sehinggalah baru-baru ini lelaki itu mengadu tidak boleh bernafas langsung menerusi rongga kanan hidungnya.


Imbasan yang dibuat di hospital mendapati terdapat satu objek luar biasa di dalam rongga hidungnya.

Sejenis mendapan atau bebatuan keras yang disebut 'rhinoliths' telah terbentuk di sekeliling syiling berkenaan sekaligus menyempitkan kebolehannya untuk menghirup udara.

Pihak hospital telah menjalankan satu pembedahan endoskopik ke atasnya dan berjaya mengeluarkan syiling berkenaan dari hidung lelaki tersebut selepas 53 tahun.

Syiling itu bernilai sekitar RM0.20 pada waktu itu, namun telah dimansuhkan penggunaannya sejak kejatuhan Soviet Union dalam tahun 1991. Lambang sabit dan tukul besi pada syiling berkenaan juga sudah tidak kelihatan.


Sumber — metro.co.uk



Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan