Filem BABI tercalon dalam 4 Festival Filem Antarabangsa

SEBUAH filem kontroversi bejudul BABI yang dihasilkan oleh pengarah yang juga cukup kontroversi Namawee, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee tercalon dalam empat festival filem antarabangsa.


Perkara itu dikongsikan oleh Namawee menerusi halaman Facebook. Menurutnya filem "Babi" yang diarahkan olehnya mendapat 2 pencalonan untuk anugerah Open World Toronto Film Festival bagi kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik.

Filem BABI

Menurutnya lagi, filem itu juga dicalonkan dalam Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival 2020 (Best Original Film Song).

Katanya, Filem Babi mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan yang berlaku di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada tahun 2000.


Dakwanya kejadian itu telah dilindungi oleh kerajaan dan media tidak melaporkannya.

"Terus terang saya telah menyiapkan 2 film tahun lepas, satu Nasi Lemak 1.0 yang dirakamkan secara terang, dan satu lagi Filem 'BABI' telah dirakamkan secara rahsia."

"Kami tidak pernah bercakap secara terbuka tentang projek ini kerana ia sebuah filem yang diharamkan, dan kami tidak mahu mendapat perhatian yang tidak diperlukan." katanya.

Tambahnya lagi Filem BABI berdasarkan kisah benar tentang pergaduhan kaum di sekolah yang berlaku dalam tahun 2000 di sebuah pekan di Selatan Malaysia.

Pada waktu itu Malaysia masih dibawah pemerintahan autoritarian satu parti, salah guna kuasa dan korupsi kerap berlaku. Media dan berita dikawal dan ditapis sepenuhnya.


Kejadian itu menurutnya telah 'diselesaikan' oleh pihak berkuasa tertentu, dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu tentang kejadian ini.

Tambahnya lagi, skrip asal filem BABI telah ditulis sejak tujuh tahun lalu namun antara sebab utama ia tidak dapat dihasilkan akibat kekangan modal, kerana tiada orang yang sanggup keluarkan modal untuk sebuah filem yang mungkin akan diharamkan dan tidak akan ditayangkan di pawagam.

Sebab kedua pula katanya, kerana dia tidak tahu siapa yang sudi menghasilkan filem ini bersama kerana hanya mendengar namanya (BABI) sahaja sudah tentu tiada orang ingin mengambil bahagian.

Namun kata Namawee, akhirnya filem itu berjaya juga dihasilkan dengan modal yang sangat-sangat rendah.

1 Comments

  1. calon pengarah terbaik tp xde pancalonan lain berkait perfileman spt cinematography/ script/ screenplay/ sound mixing/ editing/ etc

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan