Gaji EXCO dan ADUN Kelantan naik hingga RM5,000 sebulan.

AHLI Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kelantan dilaporkan bakal menikmati kenaikan gaji pokok di antara RM3,000 sehingga RM5,000 sebulan.


Dalam sidang perbentangan belanjawan Kelantan 2021 kali ini, kerajaan negeri dijangka akan meminda Enakmen (saraan) anggota anggota pentadbiran dan ahli Dewan Negeri 1980, bagi membolehkan kenaikan dan penyelarasan gaji itu diluluskan lapor Berita Harian.

Nik Amar PAS

Menurut Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah, yang mencadangkan penambahan gaji berkenaan, kenaikan itu wajar bagi merapatkan jurang perbezaan gaji di antara wakil rakyat negeri Kelantan, dengan negeri-negeri lain.


"Jadi bagi merapatkan perbezaan ini tidak semestinya sama tetapi biarlah tidak ada perbezaan yang besar antara kita dengan negeri lain. Sebab itu ada cadangan supaya kita selaraskan," katanya.

Tambahnya lagi tugas wakil rakyat kini semakin berat justeru kenaikan itu dianggap turut akan dinikmati oleh rakyat.

Menurutnya, wakil rakyat di Kelantan ibarat seperti pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka.


"Siapa yang menjadi wakil rakyat dia akan tahu. Orang datang rumah jadi kena ada duit. Kalau tidak ada duit wakil rakyat nak tolong orang macam mana," katanya.

4 Comments

  1. Mana letak maruah mu wahai kerajaan pas kelantan?
    Dlm keadaan rakyat susah, naikkan gaji puok puok mung..
    Ini kah cara pentadbiran Islam yg kamu laung laung kan?
    Khaak Thuuiii..

    ReplyDelete
  2. Mana faktanya mu kata gaji adun dan wakil rakyat digunakan untuk bantu rakyat?

    ReplyDelete
  3. Undilah lagi ostad memerentah negeri, inilah jadinya. Tapi tak apa, undi parti ajaran sesat masuk syurga. Orang isle kelate lebih pentingkan syurga jadi ok lah tu.

    ReplyDelete
  4. Halo,
    Nama saya ANITA LANSAM (lansamanita@gmail.com) dari Tambun, Indonesia Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ALLAH yang telah mengakhiri penderitaan saya melalui Avants Loans karena telah memberikan pinjaman sebesar Rp280.000.000,00. Bagi yang sedang mencari pinjaman harus sangat berhati-hati karena banyak sekali lender palsu dimana-mana, hanya sedikit yang asli. Saya mengatakan ini karena saya scammed hampir Rp40jt. Hanya PINJAMAN AVAN yang nyata dan tepercaya karena mereka mentransfer pinjaman saya ke rekening saya tanpa menghabiskan banyak waktu. Mereka yang mencari pinjaman online asli dan sah harus menghubungi AVANTS LOAN melalui
    Email: (avantloanson@gmail.com)
    Whatsapp: (+6281334785906)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan