GrabFood rider jatuhkan makanan, tapi dapat tip RM15 dari pelanggan

SEORANG penghantar makanan GrabFood secara tidak sengaja telah menjatuhkan makanan yang dibawanya dengan basikal untuk dihantar kepada pelanggan.  


Disebabkan makanan jenis bersup yang agak berat, serta telah membasahi kertas bungkusan, mengakibatkan ia tidak mampu menampung beban, sekaligus pesanan itu terjatuh secara tidak sengaja ketika diangkat keluar dari beg untuk diserahkan kepada pelanggan.

Makanan Tumpah

Kejadian yang berlaku di negara jiran Singapura itu viral selepas dikongsi menerusi Facebook.

"Saya sentiasa berhati-hati ketika menghantar makanan, tapi tak sangka kejadian ini boleh berlaku,"

"Saya menghantar makanan menggunakan basikal. Sup mungkin tumpah sedikit di bahagian bawah menjadikan bungkusan kertas itu basah ketika dalam perjalanan, pesanan itu juga agak berat,"

"Jadi beg kertas itu tak mampu menampung beban, ketika saya keluarkan bungkusan itu, makanan jatuh terus ke atas lantai. OMG!"


"Saya terus mohon maaf kepada pelanggan, dan bertanya kepadanya, boleh tak saya kembali ke gerai dan belikan makanan baru untuk kamu?"

"Pada mulanya saya fikir pelanggan ini tentu marah, sebab dia dah tunggu makanan sekitar 45 minit, kemudian saya buat macam ni," tulisnya.

Namun reaksi pelanggan itu benar-benar di luar sangkaan.

"Tak mengapalah saya tahu kamu semua bersusah payah buat kerja ini." kata wanita itu.

"Boleh tak saya bayar harga makanan ini kepada puan secara tunai?" tanya saya untuk selesaikan perkara itu.


Namun katanya, "Saya betul-betul tak kisah, dan kamu tak perlu rasa bersalah. (wanita itu bukan sahaja tak marah, malah dia juga tenangkan saya),"

"Saya mohon maaf dan terus beredar dengan rasa bersalah."

"Apa yang membuatkan saya rasa terkejut ialah, selepas saya selesaikan pesanan seterusnya, baru saya perasan, wanita itu masih berikan saya tip $5 (RM15) menerusi aplikasi."

"Dia betul-betul baik dan bertimbang rasa. Saya pun rasa bertuah bertemu dengan pelanggan seperti itu. Terima kasih dan saya betul-betul hargainya."


Difahamkan selepas perkongsian itu menjadi viral di media sosial, Restoran Makanan Jepun Takage Ramen telah menghubungi lelaki berkenaan dan menghadiahkannya sagu hati berupa tiket wayang, manakala wanita berkenaan juga telah dihubungi dan ditawarkan makanan baru sebagai ganti atas kejadian tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan