Guru bersolek rupa tengkorak ketika mengajar kelas online

PELBAGAI cara untuk para guru menarik minat anak didiknya agar menyertai pembelajaran di atas talian yang dijalankan sepanjang Perintah Larangan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Antara yang menarik perhatian seorang guru sanggup bersolek dengan rupa tengkorak untuk menarik minat muridnya menyertai kelas sains dan biologi.

Teacher Skeleton

Difahamkan Intan Rohailah seorang guru biologi di sebuah sekolah menengah mengambil pendekatan itu bagi memastikan kedatangan murid 100 peratus mengikuti kelas online yang dianjurkannya.

"Skeleton Teacher, kelas biologi Hari ini kita belajar tentang Human Musculoskeletal Systems, so kita bagi mood skeleton sikit, 65/65 pelajar hadir kelas hari ini. Kedatangan penuh," katanya menerusi akaun Facebook.


Beliau turut berkongsi gambar-gambar dan tangkapan layar ketika kelas atas talian itu berlangsung termasuk reaksi para pelajar terhadap wajahnya itu. Mereka semua nampaknya gembira dengan gelagat cikgu yang 'sporting,' itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan