Guru dan murid ditahan dalam rumah urut

SEORANG guru lelaki dan seorang murid wanita ditahan dalam satu serbuan dijalankan terhadap sebuah rumah urut yang turut menjalankan aktiviti pelacuran gadis bawah umur.


Premis yang terletak di bandar Nonthaburi, Thailand itu disyaki menggunakan khidmat gadis berusia antara 15 hingga 18 tahun untuk menyediakan khidmat seksual kepada pelanggan.

Rumah Urut

Premis yang telah mula beroperasi sejak setahun lalu itu sering dikunjungi oleh ramai pelanggan tetap yang terdiri daripada kakitangan awam dan guru.

Menurut laporan Media Thailand, pihak berkuasa negara itu mendapat maklumat berhubung operasi "sebuah spa" yang kelihatan seperti rumah urut namun menyediakan perkhidmatan erotik secara rahsia.


Ketika serbuan dijalankan, pihak polis menahan sembilan orang gadis bawah umur yang bertugas sebagai tukang urut, dan juga 11 pengendali premis berkenaan. 

Pihak polis turut menahan pasangan guru lelaki dan  pelajar perempuan dari sekolah yang sama di tempat kejadian.

Media berkenaan melaporkan, selepas mengetahui anak muridnya bekerja di rumah urut itu, guru terbabit terus memanggil namanya sebaik sahaja memasuki premis itu bagi mendapatkan khidmat dari pelajar wanita tersebut.

Difahamkan premis itu yang melakukan hebahan menerusi sebuah halaman model di Facebook mencari gadis berusia 15 hingga 25 tahun untuk bekerja sebagai tukang urut, telah menarik minat ramai gadis kerana ia menawarkan upah yang lumayan.

Antara syarat yang ditetapkan ialah pemohon mesti seorang gadis memiliki rupa cantik dan bentuk badan yang menawan.


Premis itu dilapor menawarkan pendapatan harian antara 5,000 hingga 8,000 baht (RM675 - RM1,080) dengan memberikan perkhidmatan urut dan mandian tanpa khidmat seksual. Jika khidmat tambahan diberikan pendapatan harian diterima dilaporkan lebih tinggi lagi.

Selepas menyelesaikan tugas urutan dengan seorang pelanggan, premis itu akan menghantar maklumat gadis terbabit kepada pelanggan yang berbeza, jika ada pelanggan yang mahukan khidmat seks, pihak pengurusan premis akan memanggil gadis berkenaan.

Hasil siasatan polis mendapati, premis itu mempunyai 125 pelanggan tetap termasuk 25 orang kenamaan yang telah mendapatkan perkhidmatan lebih dari lima kali, kebanyakkan mereka terdiri daripada kakitangan awam dan para guru.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan