Guru datang rumah ajar murid bawah panas terik

SUSULAN penutupan sekolah akibat pendemik Covid-19, seorang guru yang mengajar di SMK Sibu Jaya, Sarawak mengambil inisiatif datang sendiri ke rumah anak-anak didiknya untuk menyemak tugasan yang diberi.



Tindakan itu bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan pembelajaran kerana tidak berkemampuan.

Menurut Mujalifah, seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu, beliau melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah menerusi aplikasi seperti Google Classroom, Google Meet dan WhatsApp.

Mujalifah

Namun ada pelajar yang tiada akses internet dan tidak mampu membeli peranti elektronik seperti telefon bimbit, terutama mereka yang tinggal di kawasan rumah panjang.

Justeru beliau mengambil inisiatif untuk pergi ke rumah pelajar sejak Kementerian Pendidikan (KPM) mengistiharkan penutupan sekolah bermula 9 November hingga 18 Disember.


"Saya tidak mahu mereka rasa tersisih hanya kerana kekurangan itu. Diharap kedatangan saya ke rumah mereka mampu beri suntikan motivasi untuk terus belajar walaupun tanpa kemudahan atau kelengkapan sempurna untuk mengikuti kelas dalam talian," katanya yang telah mula mendidik sejak tahun 2008.

Mengulas fotonya mengajar anak murid di bawah panas terik yang tular di media sosial, kata Mujalifah, gambar itu diambil oleh bekas pelajarnya yang ikut bersama pada hari kejadian untuk melihat peranan guru berdepan dengan situasi luar jangka.

Mujalifah SMK Sibu Jaya

Menjawab persoalan netizen berhubung kenapa beliau tidak dipelawa masuk ke dalam rumah dalam gambar tersebut, katanya dia sendiri yang menolak pelawaan keluarga pelajar itu untuk masuk ke dalam rumah.


Guru yang mempunyai dua orang anak itu tidak mahu mengambil masa yang lama untuk setiap rumah, bagi menanda, menyemak dan memberi ulasan terhadap tugasan diberi kepada pelajar.

"Lebih baik begitu kerana dalam apa jua keadaan saya perlu untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) walaupun berada di zon hijau," katanya seperti yang dipetik oleh harian metro.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan