Harga bawang naik mendadak dalam sehari, peniaga burger salahkan menteri

RUNGUTAN seorang peniaga burger tentang kenaikan mendadak harga bawang dalam masa sehari menerusi halaman sosial media, Twitter miliknya semalam tular dan turut disiarkan oleh beberapa portal berita.


Peniaga itu turut mengirimkan dua gambar paparan harga bawang yang dipercayai diambil dari pembekal, sebagai perbandingan harga dengan hari sebelumnya.

Harga Bawang

Menurut hanifmz, dalam masa sehari harga bawang melonjak naik dari RM18 kepada RM27, katanya dalam keadaan Perintah Larangan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelanggan semakin kurang, namun terpaksa membayar sewa, dan bil.

Bawang

Dia turut mempersoalkan mengapa menteri berkaitan tidak melakukan sesuatu bagi mengekang kenaikan harga bawang yang mendadak itu.

"Kepala hotak dia. Semalam baru naik RM18, hari ni naik RM27. Gilalah. Mana menteri yang jaga harga barang ni? Dah lah PKPB, sewa, bil, semua kena bayar takda discount. Costumer makin kurang sebab ramai takda gaji. Mana menteri ni?" Soalnya.


Dalam ciapan yang sama, beliau sebagai pengusaha burger yang sememangnya membeli bawang menjadi salah satu rutin perniagaannya memaklumkan bahawa sebelum PKPB harga bawang berkenaan cuma RM6.50

"FYI (Buat pengetahuan anda) sebelum PKPB, harga RM6.50," tulisnya.

2 Comments

  1. Menteri sekarang walaupun harga bawang mencecah RM27.00 sekilo beliau lebih baik dari Menteri semasa PH dahulu. Betulkan, kalau tak percaya tanya cai. Memang bawang sangat kurang dipasaran sekarang tetapi bagaimana terjadi begitu? apa usaha yang telah dikhtiarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mati pun kalau tak makan bawang, asalkan kekal kerajaan melayu islam!!

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan