Imbas MySejahtera di stesen minyak: Menteri Pertahanan beri penjelasan tentang SOP

MENTERI Pertahanan, Ismail Sabri Yaacob akhirnya memberi penjelasan tentang kekeliruan berkenaan imbasan aplikasi MySejahtera di stesen minyak.



Penjelasan itu susulan  tularnya audio klip seorang lelaki yang mendakwa bapanya dikenakan hukuman kompaun RM1,000 kerana tidak mengimbas Kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak di stesen petrol.

Ismail Sabri Yaacob

Tambahan pula pihak polis menyatakan bahawa wajib bagi pelanggan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera di stesen minyak.

Berdasarkan penjelasan Ismail, individu yang melakukan pembayaran atau transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membuat pembayaran petrol atau membeli barang, atau mengeluarkan duit menerusi mesin ATM diwajibkan mengimbas aplikasi MySejahtera atau mendaftar secara manual.


Selain itu bagi pelanggan yang menggunakan surau dan tandas juga perlu melakukan perkara yang sama seperti  di atas.

Namun bagi pelanggan yang mengisi minyak di pam minyak, dan membuat transaksi pembayaran hanya melalui kad kredit, kad debit, atau aplikasi dalam talian tanpa perlu masuk ke dalam kedai, maka mereka tidak perlu mengimbas QR Code MySejahtera ataupun secara manual.

Selain itu individu yang membuat transaksi atau bayaran mengisi minyak melalui tingkap tanpa memasuki premis kedai stesen minyak, tidak perlu untuk mendaftar MySejahtera atau manual.


Kepada mereka yang menggunakan pam angin di stesen minyak juga tidak perlu mendaftar atau mengimbas aplikasi MySejahtera dan manual.

Manakala bagi individu yang menghantar kenderaan ke bengkel di stesen minyak, atau menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual perlu untuk mendaftar melalui imbasan Aplikasi MySejahtera atau manual.

Akhir sekali bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mencuci kereta secara automatik, maka mereka tidak perlu untuk mendaftar sama ada melalui imbasan aplikasi MySejahtera ataupun manual.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan