Isharefans dua laporan polis melibatkan kerugian RM6,000 setakat ini

PIHAK polis dilaporkan telah menerima dua laporan polis berkaitan pelaburan isharefans yang melibatkan kerugian berjumlah RM6,000 setakat ini.



Datuk S Sasikala Devi, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman memaklumkan bahawa dua laporan itu dibuat oleh dua individu yang menjadi mangsa di Sabah dan Pahang pada bulan ini.

isharefans

"Satu membabitkan kerugian RM1000, manakala satu kes lagi mengalami kerugian RM5,000,"

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui bilakah kegiatan itu mula aktif dan bagaimana modus operandinya," katanya.


Menurutnya lagi kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sasikala meminta mana-mana individu yang turut menjadi mangsa pelaburan isharefans supaya membuat laporan supaya pihak polis dapat melakukan tindakan lanjut.

Sebelum ini viral beberapa keping gambar di media sosial menyaksikan beberapa individu yang dipercayai menjadi mangsa pelaburan berkenaan datang ke pejabat isharefans, namun premis itu telah ditutup.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan