Kenapa Iphone 12 tidak boleh diletak bersama kad kredit?

SALAH satu ciri paling utama pada iPhone 12 ialah penggunaan teknologi magnet, di mana terdapat tiga unit magnet berukuran kecil dipasang pada produk berkenaan.



Pemasangan 3 magnet kecil pada bahagian belakang iPhone 12 membolehkan pengguna memasang pelbagai perumah (casing), dan membolehkan pengecas tanpa wayar sentiasa berada pada tempat yang betul.

iPhone 12

Namun penggunaan ciri yang dipanggil sebagai Magsafe ini, datang bersama keburukan terutama bagi mereka yang gemar meletakkan telefon di dalam saku atau beg bersama kad ATM, kad kredit atau passport.

Meskipun magnet berkenaan bersaiz kecil, namun tarikannya agak kuat, sekaligus ia boleh merosakkan kad kredit anda.


Amaran berhubung perkara itu ada ditulis dalam halaman bantuan rasmi Apple.

"Jangan letakkan credit card, lencana keselamatan, pasport, atau key fob di antara iPhone dan Pengecas Magsafe, kerana ini boleh merosakkan jalur magnetik atau chip RFID item berkenaan," tulis halaman tersebut.

Sumber — apple.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan