KFC jual ayam goreng guna kenderaan tanpa pemandu

BERDEPAN dengan cabaran pandemik Covid-19, pelbagai syarikat telah mencipta inovasi baru. Salah satunya seperti yang dilakukan oleh syarikat makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di China.


KFC yang terkenal dengan ayam gorengnya, dilihat mula menjual produk keluaran mereka secara terus kepada pelanggan di jalanan. Apa yang menarik, ia tidak lagi bergantung kepada tenaga manusia, sebaliknya menggunakan kenderaan tanpa pemandu dengan memannfaatkan rangkaian 5G.

Restoran bergerak tanpa pemandu

Kenderaan canggih itu dilaporkan beroperasi di hadapan Stesen Metro yang terletak di pinggir Kota Shanghai, China. Difahamkan kenderaan automatik itu merupakan hasil kerjasama KFC dengan Neolix, sebuah syarikat pengeluar kenderaan kecil tanpa pemandu.


Pembelian makanan menerusi kenderaan ini dipermudahkan dengan hanya memilih menu dikehendaki menerusi skrin, manakala pembayaran pula boleh dilaksanakan menggunakan sistem bayaran QR-Code.

KFC's unmanned vehicle

Selepas tempahan selesai, kenderaan ini akan menyediakan pesanan berdasarkan permintaan pelanggan secara automatik.

Pendekatan ini secara tidak langsung, berjaya mengurangkan interaksi antara manusia sekaligus dapat mengurangkan penyebaran wabak Covid-19.

Rekaan itu difahamkan bertujuan untuk membantu aktiviti menjaja makanan, membuat rondaan, dan menghantar barang secara automatik. Semasa pandemik Covid-19, kenderaan ini juga dilaporkan membantu untuk menjalankan aktiviti sanitasi jalan raya di China.


Kenderaan ini serupa seperti yang digunakan oleh pihak hospital di Thailand untuk menghantar alatan perubatan dan ubat-ubatan.

Selain KFC, Neolic juga turut menjalankan kerjasama dengan Pizza Hut bagi menyediakan restoran bergerak.

Sumber Gambar: @shanghaineko/twitter 

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan