Kos kiriman barang dari China naik 2 kali ganda

PANDEMIK Covid-19 dilapor telah mempengaruhi kos logistik global mengakibatkan jumlah permintaan penghantaran barang dari China menurun dengan begitu mendadak.


Akibatnya, kos penghantaran kontena dari negara itu dilaporkan telah meningkat sebanyak dua kali ganda. Perkara itu dilihat akan menyebabkan kenaikan harga barang yang diimport dari China.

Kontena dari China

Portal Sin Chew memetik kenyataan pengarah Kumpulan Ekonomi dan Perdagangan Malaysia—China, dari Dewan perniagaan Cina Kuching yang mengatakan kos pengangkutan untuk sebuah kontena telah meningkat dari USD1,000 kepada USD2,400 dan kini menjadi USD2,600.

Menurutnya antara punca kenaikan harga yang mendadak itu adalah kerana kurangnya kiriman selain jumlah kontena yang juga berkurangan


Antara sebab jumlah kontena berkurangan adalah kerana prosedur kuarantin yang diperlukan sebelum sebuah kontena dikirim kembali ke China, yang begitu memakan masa.

Katanya lagi, oleh kerana wabak coronavirus belum dapat diatasi sepenuhnya, selain tidak diketahui bila vaksin sedia untuk digunakan, kos penghantaran kontena dari China dijangka akan terus meningkat, bahkan ia dijangka mencapai harga USD3,000 tidak lama lagi.


Lebih mengejutkan, ada beberapa buah negara seperti Afrika yang dikenakan harga kiriman kontena jauh lebih mahal sehingga USD10,000.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan