Layanan istimewa Twitter terhadap Trump dihentikan jika kalah pilihanraya presiden

SEBAGAI seorang Perdana Menteri Amerika Syarikat, Donald Trump menerima 'layanan istimewa' dari Twitter apabila beliau melanggar peraturan ketika mengeluarkan ciapan palsu dan menyinggung perasaan. Bagaimanapun pengecualian itu akan dihentikan dalam bulan Januari jika Trump kalah dalam pilihanraya presiden.



Media Sosial itu memberi layanan berbeza kepada pemimpin-pemimpin dunia terhadap perlanggaran peraturan yang dilakukan mereka berbanding pengguna biasa.

Donald Trump

Biasanya mereka hanya diberikan amaran berbanding memaksa untuk sesuatu ciapan itu dipadamkan. Inilah sebabnya, orang ramai masih boleh melihat ciapan pemimpin-pemimpin dunia meskipun mereka menulis ciapan yang kontroversi disebabkan kiriman mereka secara semulajadi mempunyai nilai berita.

Namun begitu mantan pemimpin tidak dilindungi di bawah polisi itu. Ahli politik berprofil tinggi yang tidak lagi memegang jawatan seperti bekas presiden Amerika Barack Obama, akan dilayan seperti pengguna biasa jika melanggar terma dan syarat Twitter yang melarang mesej-mesej termasuk kebencian, menggalakkan kekejaman, atau maklumat palsu yang tertentu, contohnya maklumat palsu berkaitan kesihatan.


Menurut Twitter, Trump akan termasuk di dalam kumpulan "mantan" sekiranya beliau meninggalkan jawatan dalam bulan Januari. Jika itu berlaku, melanggar mana-mana peraturan Twitter, bermakna ciapanya akan dipadam secara keseluruhan berbanding sekadar amaran seperti sebelum ini.

Beliau juga boleh jadi akan melakukan kesalahan berulang sekaligus menyebabkan akaun Twitter miliknya menerima hukuman yang lebih berat, membawa kepada penggantungan sementara akaun, pembekuan, atau mungkin akaunnya akan dipadamkan terus secara kekal.

Pesaingnya Joe Biden pada hari Khamis semakin menghampiri angka undian 270 yang diperlukan untuk menang sebagai presiden. Peluang Trump untuk mengadakan pilihanraya semula juga semakin tipis, meskipun beliau telah mengambil tindakan perundangan di beberapa negeri.


Sejak pengundian ditutup pada malam hari Selasa, Twitter telah menyembunyikan lapan ciapan berasingan yang ditulis oleh Trump, akibat melanggar peraturan. Kebanyakan ciapan itu mempertikai keputusan pilihanraya selain menuduh parti Demokrat cuba mencuri jawatan presiden.

Biasanya, pelanggaran peraturan Twitter dalam jangka masa yang singkat akan mengakibatkan hukuman lebih berat, seperti pembekuan akaun atau pengantungan sementara. Dalam kes Trump, kesemua lapan ciapan itu hanya disembunyikan disebalik label amaran, namun masih boleh dilihat oleh pengguna jika mereka mengetik untuk membacanya.

Post a comment

0 Comments