Lelaki positif Covid-19 selepas langgan pelacur

SEORANG lelaki didapati positif Covid-19 selepas melanggan seorang pelacur pada hari Ahad (22 November 2020) di rumah pelacuran Mong Kok di Hong Kong. 



Kejadian itu telah memaksa pihak polis menjalankan operasi untuk mengesan pelacur berkenaan serta semua individu yang pernah melangannya.

Bagaimanapun, pihak polis yang ditempatkan selama seminggu di Bangunan King Hing di persimpangan Jalan Fa Yuen dan Jalan Argyle Street tempat dipercayai pelacur itu berada, gagal menemui wanita itu.

Mong Kok Brothel

"Pekerja seks itu tidak berjaya ditemui kerana lelaki itu tidak ingat tingkat berapa dan di mana kedudukan rumah pelacuran tersebut dalam bangunan berkenaan," kata sumber dari pihak polis.

Menurutnya, terdapat beberapa rumah pelacuran yang beroperasi di dua tingkat dalam bangunan itu telah dilawati lelaki itu.

"Pihak berkuasa telah meminta semua pekerja seks di situ untuk menjalani ujian Covid-19," katanya.


Lelaki berkenaan merupakan seorang penganggur yang tinggal di Mong Kok. Sehingga kini sumber dia mendapat jangkitan wabak itu masih tidak diketahui.

Kes itu merupakan satu daripada lapan jangkitan tempatan yang tidak dapat dikenal pasti daripada 73 kes baru yang disahkan oleh Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong pada hari Isnin.

"Tidak diketahui sama ada dia dijangkiti oleh pelacur itu," kata sumber berkenaan. "Dia mungkin juga mendapat simptom sebelum melawat rumah pelacuran tersebut,"

Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan merupakan pesakit Covid-19 pertama yang mengaku melanggan pelacur sejak pandemik itu bermula.

Empat minggu lalu seorang wanita yang disyaki pelacur didapati positif Covid-19 selepas ditahan dalam satu operasi anti maksiat bersepadu dijalankan oleh pihak polis dan jabatan imigresen.


Pihak polis ditugaskan untuk mengesan lebih kurang 70 pelanggannya disebabkan wanita itu mengaku telah mengadakan hubungan dengan lima orang lelaki sehari secara purata selama dia tinggal di sebuah hotel di Mong Kok.

"Setakat ini tidak ada seorang pun pelanggan berjaya dikesan, dan tiada sesiapa tampil dan mengaku melanggannya," kata sumber itu lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan