Macau Scam tumpas tidak boleh keluar negara kerana PKP

SATU lagi sindiket Macau Scam tumpas, menurut pihak polis, sindiket itu yang sebelum ini dipercayai melakukan penipuan dari luar negara pulang ke Malaysia disebabkan oleh Covid-19, dan tidak dapat ke luar negara semula kerana perintah larangan pergerakan (PKP).


Polis Perak dilapor berjaya menahan sejumlah 22 suspek warganegara Malaysia termasuk empat wanita berumur 18 dan 27 tahun, selain merampas pelbagai peralatan iaitu 34 telefon bimbit, laptop dan kereta.

Menurut Goh Boon Keong, Pemangku Ketua Polis Perak, pihak polis turut menemukan skrip dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin yang menunjukkan bahawa anggota sindiket itu terlatih kerana dibekalkan skrip yang akan digunakan untuk meyakinkan mangsa.

Gog Boon Keng

Penangkapan itu sekaligus menumpaskan sindiket Macau Scam yang terlibat dalam 76 kes penipuan sejak dua tahun lalu membabitkan kerugian RM11 juta.


"Ini kali pertama polis menumpaskan Macau Scam yang mempunyai pusat panggilan di Malaysia dan menipu mangsa di negara ini. Sebelum ini mereka mempunyai pusat panggilan di Malaysia tetapi menyasarkan mangsa di luar negara atau sebaliknya," katanya.

Tambahnya lagi, polis telah melakukan serbuan ke atas sebuah kondominium yang dijadikan pusat panggilan pada kira-kira pukul 5 petang hari jumaat.

Risikan dibuat susulan satu laporan polis oleh seorang wanita di Bandar Cyber pada 19 Oktober yang mendakwa mengalami kerugian RM67,000 selepas dihubungi oleh individu yang menyamar sebagai 'Insp Leong' dari IPK Sabah dengan mendakwa beliau terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM148,000.


"Risau dengan ugutan bakal ditangkap dan semua wang dalam akaun bank akan dibekukan, menyebabkan wanita itu mengikut arahan suspek dan membuat dua kali pindahan wang, masing-masing sebanyak RM43,000 dan RM24,000 sebelum mengesaki ditipu dan membuat laporan polis," katanya.

Beliau turut memaklumkan masyarakat perlu tahu bahawa tiada tindakan undang-undang akan dimaklumkan menerusi panggilan telefon sebaliknya menerusi surat berdaftar dan polis juga tidak akan meminta orang awam memindahkan duit dari akaun mereka ke akaun lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan