Mahkamah arah anak Najib bayar tunggakan cukai RM13 juta

ANAK kedua Bekas Perdana Menteri, Najib Razak diarah menjelaskan hutang cukai berjumlah RM13.16 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) oleh Mahakamah Shah Alam lapor The Edge.



Cukai itu tertunggak sejak tahun 2011. Nizar Najib, 42 telah membawa perkara itu ke mahkamah kerana mahu LHDN mengetepikan arahan itu dengan alasan bahawa bar masa telah luput.

Nizar Najib

Dalam kes saman sivil, suatu tuntutan mempunyai bar masa dan perlu difailkan dalam masa enam hingga tujuh tahun selepas kejadian.

Portal perniagaan itu memetik penghakiman bertulis oleh pesuruhjaya kehakiman Julie Lack Abdullah yang bertarikh 25 September, mengatakan bahawa tuntutan lembaga itu tiada bar masa.


Tambahnya, seseorang yang mempunyai tunggakan hutang mesti membayar terlebih dahulu sebelum merayu kepada Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).

Nizar pada 27 Oktober lalu dilaporkan membuat rayuan terhadap penghakiman mahkamah persekutuan.

Seorang lagi saudaranya, Mohamad Nazifuddin turut diarahkan bayar tunggakan cukai kepada LHDN sebanyak RM37.6 juta.

Post a comment

2 Comments

  1. Ala, setakat 13 juta no hal beb. Berapa bilion/ ratus juta yg najib rosmah ada simpan dalam akaun luar negara. Tanya jo lo klu tak percaya.

    ReplyDelete
  2. Masalah sebenarnya di merata tempat di dunia ialah KORUPSI yg diamalkan terutama oleh politikus yg memerintah.

    Satu contoh:

    "Peru's younger generation - dubbed the 'bicentennials' in reference to the 200-year anniversary of Peruvian independence next year - were at the heart of recent protests that led to the resignation of the country's interim president on Sunday.

    ..... but the crisis has ignited wider anger at the country's political classes and rampant corruption."

    Di thailand pun golongan muda memprotes korupsi dikalangan politikus kerajaan dan raja.

    Di seluruh dunia, KORUPSI dikalangan politikus pemerintahlah yg menjadi negara kucar kacir dan rakyat jelata merana.

    TAK TERKECUALI di malaysia juga.

    Selagi wabak KORUPSI tak dihapuskan atau dikawal, selama itulah rakyat di mana2 berdepan dgn kesusahan hidup.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda