Mangsa maut akibat Covid-19 di Sabah berusia 130 tahun?

AKAUN Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini dihujani soalan orang ramai berhubung salah satu data kematian yang dipaparkan menerusi media sosial itu.


Berdasarkan paparan itu, mangsa ke 352 yang disahkan maut akibat Covid-19 yang juga merupakan kes ke 35,037 dan disahkan mati di Hospital Tuaran, berumur 130 tahun.

Umur 130 tahun

Jika paparan data berkenaan bukan satu kesilapan, maknanya mangsa itu merupakan manusia paling tua pernah direkodkan hidup di muka bumi.


Jika kita semak data daripada Guinness World of Records, manusia yang paling tua pernah hidup ialah Jeanne Louise Calment, yang telah meninggal dunia pada usia 122 tahun dan 164 hari dalam tahun 1977.

manusia paling tua di dunia


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan