Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung

LAGENDA pemain bola sepak Argentina Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari rabu (25 November 2020). Perkara itu telah disahkan oleh peguamnya.


Maradona yang berusia 60 tahun kebelakangan ini mengalami masalah kesihatan dan telah menjalani pembedahan kecemasan beberapa minggu yang lalu.

Diego Maradona

Media Argentina yang dekat dengan bekas bintang bola sepak itu melaporkan, mendiang mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di pinggir Buenos Aires.

Pada tahun 1986 Maradona membantu pasukan kebangsaan Argentina memenangi piala dunia.

Presiden Kelab Bola Sepak Argentina mengisytiharkan tiga hari sebagai hari berkabung kebangsaan susulan kematian Maradona.


Bintang bola sepak Brazil Pele dilaporkan turut bersedih atas kematiannya.

"Sudah tentu satu hari nanti kami akan tendang bola bersama-sama di atas langit," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh sumber berita Reuters dari seorang wakilnya.

Post a comment

0 Comments