MB Negeri Sembilan bermalam di loji tunggu kontraktor siapkan paip air

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Aminuddin Bin Harun, bermalam di tapak Loji Rawatan Air Sungai Linggi tempat di mana kontraktor sedang menyiapkan paip air.


Sejak 4 November sehingga 6 November, tidak kurang tujuh kali beliau berulang-alik ke loji berkenaan. Pada 6 November 2020, beliau telah sampai di tapak pada jam 6 petang sehingga jam 10 malam.

MB Negeri Sembilan
Dato, Seri Aminuddin mengimamkan solat maghrib di LRA Linggi.

Pada malam itu beliau bersama dengan Dato' Dr Razali Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah JPS, Pengurus Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sempat memimpin solat maghrib dan menunaikan solat hajat di tapak loji air berkenaan.


Sekitar jam 11 malam beliau ke Bandar Dataran Segar Lukut melihat pembahagian air kepada orang ramai.

MB Negeri Sembilan

Namun pada jam 1 pagi dari Bandar Dataran Segar, beliau tidak pulang ke rumah sebaliknya kembali semula ke tapak LRA Sg. Linggi dan bermalam di situ sehingga jam 5 pagi.

Aminuddin

Apabila ditanya kepada beliau kenapa Dato' Seri tak balik rumah? Kenapa nak terus tunggu sini?

"Kalau saya ada di sini kontraktor akan buat kerja cepat, saya nak masalah air selesai cepat," 


"Saya serta pasukan akan sentiasa memantau kerja-kerja yang sedang dijalankan di lokasi agar pembaikan dapat dilaksanakan mengikut spesifikasi ditetapkan serta dalam kadar yang segera," katanya.

5 Comments

  1. Nampaknya MB harus ada caravan sendiri untuk kerja turun padang dan lawatan ke pendalaman

    ReplyDelete
  2. bukan nak bodek,tapi orang macam ni lah yang diperlukan untuk jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  3. Tahniah MB nismilan..
    Kurang ckp to kerj

    ReplyDelete
  4. Ni baru MB. Bukan mcm kelate, MB tak pernah berbunyi, mcm bisu, yg kuat bercakap tmb. Tp dlm diam, bisu, sengap tak berbunyi, tup tup umum naik gaji adun dan exco. Paria punya lebai kelarah...

    ReplyDelete
  5. Ni baru MB. Bukan mcm kelate, MB tak pernah berbunyi, mcm bisu, yg kuat bercakap tmb. Tp dlm diam, bisu, sengap tak berbunyi, tup tup umum naik gaji adun dan exco. Paria punya lebai kelarah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan