Naik kereta berdua duduk sebelah pemandu kena saman langgar PKPB?

SATU rakaman video tersebar di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki sedang disaman oleh seorang anggota polis berpakaian polis trafik (pakaian seragam putih) kononnya kerana langgar SOP PKPB.


Berdasarkan video berkenaan, lelaki itu enggan untuk menurunkan tandatangan apabila diminta berbuat demikian oleh anggota polis tersebut.

Saman langgar PKPB

Difahamkan lelaki itu tidak mahu menurunkan tandatangan kerana merasakan dirinya tidak bersalah.

"Saya tanya you mahu sign ke tak mahu sign jangan kasi saya sakit kepala," tanya anggota polis tersebut.

"Saya rasa saya tak bersalah macam mana saya nak sign," jawab lelaki tersebut.


Anggota polis itu seterusnya meminta lelaki berkenaan untuk pergi ke mahkamah jika tidak berpuas hati dengan tindakan saman yang dikenakan terhadapnya itu.

"Pergi court (mahkamah) nanti pergi tanya dia orang, bukan saya, saya tak ada apa punya," kata anggota berkenaan.

Video itu disebarkan ke media sosial dengan caption seperti berikut:

"Kalau naik kereta tidak boleh duduk sebelah driver. Kena duduk belakang, itupun tidak boleh belakang driver (kena duduk belakang sebelah driver driver). Kepong dah ramai kena hari ini,"



Bagaimanapun Portal Sinchew daily pula melaporkan, seorang lelaki berbangsa Cina dikenakan tindakan saman kerana disyaki melanggar kesalahan trafik.

Bagaimanapun segelintir netizen menyebarkan khabar angin mendakwa lelaki berkenaan disaman kerana suami dan isteri berada dalam kereta yang sama.

Disebabkan video berkenaan mempunyai durasi hanya selama 30 saat, ia tidak menceritakan apa kesalahan lelaki tersebut, dan di mana kejadian itu berlaku.

Itu menjadikan segelintir netizen merasa marah dan mendakwa lelaki itu dikenakan saman kerana berada berdua di dalam kereta bersama isterinya lapor SinChew.


Sumber: Sinchew

2 Comments

  1. Kalau betul mereka suami isteri dalam satu kereta dikira salah melanggar SOP maka kerajaan kena buat undang-undang suami isteri boleh tinggal serumah tetapi tidak boleh tidur sekatil.

    ReplyDelete
  2. Pengalaman bagi mereka yang mengerti....Bangsa yg tak boleh dipercayai selama-lamanya.... Meritokrazi hak mereka, tidak ada dalam kamus bangsa ini tentang meritokrasi bagi bangsa lain selain mereka dan kaum mereka di tanah besar mereka sahaja.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan