Pegawai Imigresen korup kaut rasuah RM3.6 juta setahun

HASIL siasatan yang dijalankan terhadap 27 pegawai imigresen yang menjadi dalang pemalsuan cop keluar masuk sempadan negara mendapati mereka telah mengaut rasuah sebanyak RM14.5 juta sejak tahun 2017.



Kosmo memetik sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati sindiket berkenaan telah mula menjalankan aktiviti haram itu sejak empat tahun lalu.

Roll Royce Phantom
Roll Royce Phantom antara yang dirampas dianggarkan berharga RM6 juta

Wang rasuah dikutip mereka yang dianggarkan berjumlah RM3.6 juta setahun itu kemudian dibahagikan kepada kalangan pegawai imigresen yang terlibat.

Justeru tidak hairanlah sehingga ada salah seorang anggota Imigresen yang hanya bertugas sebagai kerani dengan Gred 19 mampu 'memiliki' 4 buah kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga sekitar RM6 juta.


Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Roll-Royce Phantom, Ford Mustang, Range Rover dan Audi itu didaftarkan atas nama empat agen termasuk dua warga China yang menjadi ejen pekerja asing warga China dan beroperasi di negara ini.

Keempat-empat kenderaan itu disimpan oleh seorang ejen tempatan.

"Agak mengejutkan seorang anggota Imigresen Gred 19 yang bergaji bawah RM4,000 mampu 'memiliki' kesemua kenderaan mewah tersebut," 


"Siasatan mendapati kenderaan mewah yang digunakan oleh anggota Imigresen berusia 31 tahun itu adalah sebagai balasan kerana membantu menyediakan 'setting counter' di pintu masuk utama negara," kata sumber pihak berkuasa yang dipetik oleh Kosmo.

"Siasatan mendapati sindiket ini turut melibatkan rangkaian jenayah penyeludupan antarabangsa dari China, Vietnam, Indonesia, dan Bangladesh," kata sumber itu.

Post a comment

1 Comments

  1. "Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Roll-Royce Phantom, Ford Mustang, Range Rover dan Audi itu DIDAFTARKAN ATAS NAMA empat agen termasuk dua warga China yang menjadi ejen pekerja asing warga China dan beroperasi di negara ini"

    Mereka telah banyak wang yang disembunyikan. Pastinya akan menggunakan khidmat peguam yang 'kanan' untuk membuktikan bahawa kenderaan mewah tersebut tidak kena mengena dengan pelanggan mereka.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda