Pendapatan Zoo Negara terjejas teruk akibat PKPB

PENDAPATAN Zoo Negara dilaporkan terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Larangan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Menurut laporan The Star, Zoo Negara sebelum ini menerima buah-buahan dan sayur-sayuran dari para petani, terutama mereka yang sukar untuk menjual hasil pertanian mereka.

Zoo Negara

"Para petani datang kepada kami sebagai cara untuk melupuskan stok mereka,"

"Setiap minggu mereka hanya memberikan kami satu atau dua beg. Ia tidak tetap," kata seorang jurucakap dari Zoo Negara.

Kadangkala produk yang diberikan tidak berkualiti, maka Zoo Negara tidak dapat memberikannya kepada haiwan katanya.


"Kami mengalu-alukan bantuan mereka tetapi kami tidak berikan haiwan kami makanan yang manusia tak boleh makan. Haiwan-haiwan di sini dijaga dengan baik dan makan makanan berkualiti," 

Menurutnya sebelum ini pernah seorang petani mendermakan 5 tan pisang namun lebih dari separuh terpaksa dibuang kerana didapati ia telah rosak.

Bagaimanapun menurutnya derma sedemikian rupa semakin kurang pada masa ini, disebabkan sektor ekonomi telah dibuka semula berbanding ketika awal perintah larangan pergerakan diisytiharkan.

Zoo Negara juga menerima tajaan dari syarikat-syarikat yang mendermakan makanan haiwan seperti buah-buahan dan daging.

Perbelanjaan makanan dan perubatan haiwan-haiwan berkenaan dianggarkan berjumlah RM400,000 sebulan atau RM4.8 juta setahun.


Menurutnya jumlah pelawat semasa perintah Larangan Pergerakan Pemulihan (PKPP) lebih dari jangkaan kerana orang ramai keluar rumah untuk berjalan.

Namun disebabkan oleh Perintah Larangan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini di kawasan Lembah Klang yang bermula pada 14 Oktober dan telah dilanjutkan sehingga 6 Disember, ini bermakna zoonegara terpaksa ditutup kepada semua pelawat.

"Pendapatan Kami adalah dari kutipan tiket. Apabila kami tidak beroperasi, sumber pendapatan kami terjejas," katanya.


Zoo Negara diuruskan oleh sebuah badan bukan kerajaan NGO Persatuan Zoologi Malaysia yang  menubuhkan Zoo tempatan pertama untuk rakyat Malaysia.

Di dalam tanah seluas 110 ekar, Zoo Negara mempunyai 3000 jenis haiwan dari 275 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Orang ramai yang ingin menderma boleh melawat laman sesawang Zoo Negara di alamat https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html bagi mendapatkan info selanjutnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan