Penumpang kereta semasa PKPB dibenar duduk sebelah pemandu

SEMASA pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penumpang kereta dibenarkan untuk duduk di sebelah pemandu kata Menteri Kanan Ismail Sabri.

Selain itu katanya pemandu dan penumpang juga tidak perlu memakai penutup muka sepanjang perjalanan jika mereka berasal dari rumah yang sama.

Ismail Sabri Yaacob

Namun begitu beliau menegaskan bahawa hanya dua orang dari satu rumah yang sama boleh menaiki satu kereta pada setiap masa.

Ulasan itu difahamkan susulan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mendakwa dikompaun kerana isterinya duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu kereta.


Beliau menafikan dakwaan itu, sebaliknya katanya lelaki itu sebenarnya disaman kerana kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan