PKPB 4 minggu seluruh semenanjung Malaysia kecuali 3 negeri — MKN

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang.



Perkara itu disampaikan dalam satu kenyataan menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi MKN.

MKN

"Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020," tulis kenyataan itu.

Penduduk dalam negeri-negeri yang melaksanakan PKPB tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri. Namun perjalanan untuk merentas daerah masih dibenarkan.

Bagi penduduk di Sarawak, mereka dibenarkan melakukan perjalanan ke mana-mana daerah di negeri itu kecuali Kuching.

Sejumlah 1,755 kes Covid-19 dicatatkan semalam menjadikannya rekod jangkitan harian paling tinggi sejak wabak itu melanda negara.

3 Comments

  1. Semuanya berpunca drp ketamakkan kerajaan PN, dan gila kuasa. Semasa rakyat bersusah payah, mrk dok sibuk berpolitik nak kekalkan kuasa. Celaka punya orang. #PNout

    ReplyDelete
  2. Tak buleh isytihar darurat dia kona pi umum pkpb lar pulak. Puak-puak dia x pa la weh. Gaji berpuluh ribu sorang-sorang. KP kesihatan pun 20k lebih sebulan.
    Adun kelate naik gaji antara 3k hingga 5k sebulan. Nak bayar elaun guru Takmir utk bulan disember x leh sbb MAIK kata x dak peruntukan tapi Jakim kata peruntukan cukup. MAIK nak guna duit tu buat apa hah? Nak gi hatyai, sempadan x bukak pun lagi. Ker nak naik sampan pi Golok kut?
    Tapi x pa, ore isle melayu kelate redho sbb depa dijanjikan syurga oleh peraih-peraih agama nih. bodo seghupo kero belakor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Kelantan dapat hasil daripada apa yg mereka pangkah. Tahniah!

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan