Polis New Zealand perkenalkan uniform bertudung untuk anggota wanita muslim

BUAT pertama kali pasukan polis New Zealand memperkenalkan pemakaian hijab di kalangan anggota wanita muslim.



Rekaan itu diperagakan oleh seorang anggota polis bernama Zareena Ali. Beliau juga merupakan individu yang mereka pakaian itu untuk kegunaan anggota wanita yang beragama islam di dalam pasukan polis New Zealand.

Zareena Ali

Zareena menyertai pasukan polis selepas serangan terhadap dua buah masjid di Christchurch pada tahun 2019 kerana mahu membantu komuniti Muslim lapor NZ Herald.

Menurutnya lebih ramai wanita Muslim diperlukan dalam pasukan polis untuk membantu masyarakat Muslim seperti dalam kejadian serangan seperti itu yang mensasarkan orang Islam.


Menjelaskan perkara itu, katanya kebanyakkan wanita dalam masyarakat Muslim "begitu takut untuk bercakap dengan polis dan mungkin hanya akan berdiam diri di depan pintu rumah, jika ada seorang lelaki yang bercakap kepada mereka,"

Jadi jika lebih ramai wanita Islam tampil dalam pelbagai pasukan barisan hadapan mereka boleh "mengurangkan jenayah," katanya.

Tambahnya lagi jika dia menyertai pasukan polis lebih awal tentu dia boleh membantu lebih ramai orang.

Menurut Zareena, dia merasa bangga menjadi anggota polis wanita pertama memakai tudung, dan "merasa hebat," kerana dapat menunjukkan bahawa pasukan polis New Zealand juga kini mempunyai pakaian seragam berhijab.


"Saya rasa selepas melihatnya, lebih ramai wanita-wanita Muslim turut mahu sertai pasukan polis," tambahnya.

Dalam halaman pengambilan pasukan polis New Zealand, pasukan itu "mengiktiraf perbezaan perspektif dan pengalaman bagi meningkatkan kebolehan pasukan itu," dan menyebut "perbezaan" itu sebagai satu yang perlu untuk berkhidmat kepada masyarakat pelbagai agama di negara itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan